Topik diikuti
Pergi ke BHkuPermohonan bantuan kewangan, keperluan asas boleh dibuat melalui portal Support GoWhere
Permohonan bantuan kewangan, keperluan asas boleh dibuat melalui portal Support GoWhere
Mereka dengan pendapatan lebihi had, tapi hadapi kesempitan, boleh hubungi SSO yang akan menilai situasi mereka
Permohonan bantuan kewangan, keperluan asas boleh dibuat melalui portal Support GoWhere
BERMULA 17 Mei, individu atau keluarga yang memerlukan bantuan kewangan dengan keperluan asas boleh memohon bantuan ComCare Jangka Pendek hingga Pertengahan (SMTA) dalam talian melalui portal Support GoWhere.
Demikian kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam catatannya di Facebook semalam.
Portal tersebut boleh diakses di https://go.gov.sg/smta.
ComCare membantu isi rumah berpendapatan rendah berhubung perbelanjaan sara hidup asas, dan bagi mengatasi cabaran kewangan sementara menerusi skim SMTA.
Untuk layak bagi bantuan itu, pemohon perlu memenuhi kriteria pendapatan isi rumah $1,900 ke bawah sebulan, atau pendapatan per kapita isi rumah $650 ke bawah.
Pun begitu, mereka yang pendapatannya melebihi had tersebut tetapi menghadapi kesukaran kewangan masih boleh berhubung dengan Pejabat Perkhidmatan Sosial (SSO) yang akan menilai keadaan mereka dan memberi bantuan yang patut.
Pemohon ComCare boleh mengklik MyInfo untuk mengisi maklumat peribadi secara automatik, menyerahkan dokumen dan menjejak taraf permohonan mereka.
Ini akan membantu menjimatkan masa perjalanan dan meningkatkan kemudahan pemohon.
"Ini adalah sebahagian daripada usaha (Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga ) untuk mendekatkan bantuan kepada individu dan keluarga dengan cara yang lebih menyeluruh, mudah dan terselaras," kata Encik Masagos.
Semasa ucapan Belanjawan 2022 nya, beliau berkata sokongan sosial bagi warga Singapura yang memerlukan bantuan akan dipertingkat.
Awal sebelum ini, diumumkan bahawa semua klien baru SMTA akan menerima bantuan sekurang-kurangnya enam bulan.
Ini bagi permohonan antara 4 April dengan 30 September tahun ini.
Kes pembaharuan SMTA ComCare dalam tempoh ini juga akan menerima bantuan sekurang-kurangnya tiga bulan tambahan.
Langkah itu antara bantuan pemerintah bagi membantu warga Singapura mengatasi tekanan inflasi.
Mereka yang memerlukan bantuan dalam pemohonan dalam talian ComCare SMTA boleh menghubungi talian hotline ComCare Call di 1800-222-0000, e-mel kepada Ask-SSO@msf.gov.sg, atau kunjungi mana-mana SSO terdekat.
"Ini adalah sebahagian daripada usaha (Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga) untuk mendekatkan bantuan kepada individu dan keluarga dengan cara yang lebih menyeluruh, mudah dan terselaras." - Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
