Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Permohonan geran tingkat kemahiran penterjemah, jurubahasa warga SG kini dibuka

Apr 20, 2022 | 5:30 AM
-

PARA penterjemah dan jurubahasa rakyat Singapura dalam sektor swasta yang berminat untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang itu boleh bermohon bagi mendapatkan geran di bawah Skim Pembangunan Bakat Penterjemahan (TTDS).

Permohonan itu dibuka hingga 30 Jun tahun ini.

Sejak dilancarkan pada 2018, skim di bawah Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) itu bertujuan untuk menggalak para penterjemah dan pentafsir rakyat Singapura untuk terus meningkatkan keupayaan dan mempertingkatkan kemahiran masing-masing dalam bidang tersebut.

TTDS merupakan geran yang dibiayai secara bersama oleh MCI dan Jawatankuasa Penterjemahan Nasional (NTC).

Jika permohonan diluluskan, para penerima geran tidak perlu terikat dengan sebarang bon.

Mereka boleh menggunakan geran itu untuk membiayai 90 peratus daripada kos program pembangunan keupayaan berhubung penterjemahan, kejurubahasaan dan/atau bahasa di Singapura dan di luar negara.

Ia termasuk perbelanjaan bagi program yang disertai sehingga $10,000.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman https://www.mci.gov.sg/ttds/

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg