Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Permohonan kemasukan terus ke sekolah menengah, JC mula 4 Mei

May 4, 2023 | 5:30 AM
24bb15e4-9dac-4c3f-a08c-c043ebf9c2ce
-

PELAJAR yang ingin memohon kemasukan terus ke sekolah menengah dan maktab rendah boleh berbuat demikian mulai Khamis.

Pelajar yang ingin memohon kemasukan awal ke Institut Pendidikan Teknikal (ITE) boleh berbuat demikian mulai 24 Mei.

Permohonan kemasukan awal ke politeknik bermula 5 Jun.

Kementerian Pendidikan (MOE) berkata bahawa Pengambilan Masuk ke Sekolah secara Langsung (DSA) membolehkan pelajar mendapat kemasukan terus ke sekolah menengah dan maktab rendah berdasarkan bakat dan potensi mereka, melangkaui pencapaian mereka pada peperiksaan nasional.

Sebanyak 142 sekolah menengah dan 20 maktab rendah menyertai latihan DSA 2023, kata MOE lagi.

Pelajar yang mengambil bahagian dalam latihan tersebut masih perlu mengambil Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) atau Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'O'.

Jika permohonan DSA mereka berjaya, mereka perlu memutuskan sama ada untuk menerima tawaran itu sebelum keputusan peperiksaan mereka dikeluarkan, kata MOE.

Pelajar yang menerima tawaran DSA mereka dijamin mendapat tempat di sekolah menengah atau maktab rendah tertentu yang mereka mohon, dengan syarat keputusan PSLE atau peringkat 'O' mereka memenuhi syarat minimum untuk kemasukan.

Pelajar sekolah rendah dan ibu bapa mereka boleh kemukakan permohonan DSA melalui www.moe.gov.sg/dsa-sec dari 11 pagi pada 4 Mei 2023, hingga 3 petang pada 31 Mei 2023.

Pelajar yang memohon DSA kepada maktab rendah boleh menyemak di www.moe.gov.sg/dsa-jc untuk maklumat lanjut.

Di bawah Latihan Kemasukan Awal Politeknik untuk pelajar peringkat 'O' dan ITE yang lulus, mereka yang berjaya dalam permohonan mereka akan menerima tawaran bersyarat sebelum keputusan peperiksaan mereka dikeluarkan.

Untuk pengesahan tawaran bersyarat, keputusan mereka mesti memenuhi syarat kemasukan minimum untuk kursus politeknik yang ditawarkan.

Proses yang sama bagi pelajar yang menamatkan pengajian peringkat 'O' dan peringkat N yang memohon kemasukan awal ke kursus Nitec dan Nitec Tinggi di ITE.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg