Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Permohonan kumpulan antihukuman mati batalkan perintah Pofma ditolak: MHA

May 30, 2023 | 5:19 PM
PERMINTAAN DITOLAK: Kumpulan penyokong antihukuman mati, Transformative Justice Collective, diperintahkan pada 19 Mei untuk menyiarkan pembetulan pada catatan Facebook mengenai hukuman mati yang dijatuhkan kepada Tangaraju Suppiah yang disabitkan kesalah mengedar dadah.
PERMINTAAN DITOLAK: Kumpulan penyokong antihukuman mati, Transformative Justice Collective, diperintahkan pada 19 Mei untuk menyiarkan pembetulan pada catatan Facebook mengenai hukuman mati yang dijatuhkan kepada Tangaraju Suppiah yang disabitkan kesalah mengedar dadah. - Foto ST

PERMOHONAN kumpulan penyokong antihukuman mati, Transformative Justice Collective, untuk membatalkan arahan pembetulan yang dikeluarkan kepada kumpulan itu pada 19 Mei 2023 di bawah undang-undang berita palsu telah ditolak.

Permohonan itu ditolak Menteri Perhubungan dan Penerangan merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo, kata Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) pada Selasa.

Kumpulan itu telah membuat kenyataan palsu dalam catatan Facebook pada 23 April 2023 mengenai hukuman mati yang dijatuhkan kepada Tangaraju Suppiah yang disabitkan kesalahan mengedar dadah.

Pada 19 Mei 2023, kumpulan itu diperintahkan di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma) untuk memasukkan notis pembetulan di bahagian atas catatan Facebooknya.

Notis pembetulan tersebut menyatakan bahawa catatan itu mengandungi pernyataan palsu dan juga pautan ke artikel yang betul berdasarkan fakta.

Kumpulan itu juga diarah membuat catatan Facebook baru mengenai notis pembetulan itu.

“Syarat untuk mengeluarkan arahan pembetulan telah dipenuhi,” kata kenyataan MHA, yang menambah bahawa kumpulan itu telah dimaklumkan mengenai pembatalan pemohonan.

Beberapa aktivis dan laman web, termasuk wartawan bebas Kirsten Han dan laman web The Online Citizen Asia, juga diperintah membuat pembetulan ke atas artikel dan siaran media sosial mereka yang mengandungi kenyataan palsu mengenai pelaksanaan hukuman mati Tangaraju.

Tangaraju, seorang warga Singapura berusia 46 tahun, dihukum gantung pada 26 April 2023, selepas disabitkan pada 2018 kerana bersubahat mengedar 1,017.9 gram ganja, lebih dua kali ganda jumlah bagi hukuman ambang.

Aktivis antihukuman mati telah berkempen menentang hukuman gantung Tangaraju, mendakwa dalam artikel dalam talian, temu bual dan siaran media sosial bahawa dia telah disabitkan secara tidak adil. Dakwaan tersebut disangkal MHA.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg