Permudah perjalanan golongan keperluan khas untuk ke Enabling Village
Premium
Permudah perjalanan golongan keperluan khas untuk ke Enabling Village
Dec 12, 2017 | 5:30 AM

USAHA BERSAMA: Encik Khaw (kiri) mengecat jalur kuning di laluan pejalan kaki bertentangan Enabling Village semalam. Turut membantu ialah Ketua Eksekutif (SG Enable), Cik Ku Geok Boon (baju hijau), dan Pengarah Perhubungan Korporat (Kumpulan) LTA, Cik Helen Lim (baju biru). - Foto BH oleh ALPHONSUS CHERN -
PEJALAN kaki dari stesen MRT Redhill ke Enabling Village - pusat khidmat bersepadu bagi golongan berkeperluan khas - di Lengkok Bahru kini boleh memanfaatkan ciri khas baru yang mempermudah perjalanan mereka.
Ini termasuk dua jalur kuning yang dicat untuk menandakan laluan pejalan kaki - bagi membantu pejalan kaki yang rabun - selain empat bangku untuk berehat dan bumbung yang dipasang di laluan sepanjang 400 meter itu.

