Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perniagaan yang dibenar sambung operasi pada 12 Mei tidak perlu mohon kebenaran buat demikian, kata MTI

May 6, 2020 | 9:19 PM
Kedai menjual barang keperluan haiwan peliharaan dan khidmat runcit pembasuhan baju, yang sehingga kini hanya dibolehkan beroperasi menerusi dalam talian dan penghantaran, turut diizinkan buka kedai pada Selasa depan. - FOTO LIM YAOHUI
Kedai menjual barang keperluan haiwan peliharaan dan khidmat runcit pembasuhan baju, yang sehingga kini hanya dibolehkan beroperasi menerusi dalam talian dan penghantaran, turut diizinkan buka kedai pada Selasa depan. - FOTO LIM YAOHUI -

SEMUA perniagaan yang dibenarkan menyambung semula operasi pada Selasa depan (12 Mei) tidak perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa, kata Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Rabu (6 Mei).

Ini bermakna kedai yang menawarkan khidmat dobi, tukang gunting rambut dan salun, sertap kedai yang menyediakan bekalan haiwan peliharaan boleh menyambung semula operasi, kata MTI dalam kenyataannya.

Kedai yang menjual kek dan manisan, kudapan dibungkus dan makanan pencuci mulut juga boleh dibuka semula, tetapi untuk menjual makanan yang dibawa pulang atau untuk dihantar ke pembeli.

Kedai yang menghasilkan makanan di kawasan runcit, seperti kek dan manisan, aiskrim, coklat dan kudapan lain juga akan dibenar beroperasi.

Namun terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh perniagaan yang menyambung semula operasi. Sebagai contoh, tukang gunting rambut hanya boleh menawarkan khidmat gunting rambut sahaja dan penduduk masih dilarang makan di tempat menjual makanan, serta mematuhi peraturan jarak selamat.

Penjelasan ini diberikan bagi menjernihkan keadaan selepas pasukan bertindak berbilang agensi bagi Covid-19 mengumumkan pada Sabtu (2 Mei) bahawa beberapa sektor setempat akan dibenarkan menyambung semula operasi pada 12 Mei ini dan mereka akan dimaklumkan secara langsung mengenai perkara ini.

Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong, yang juga pengerusi bersama pasukan bertindak itu, telah berkata bahawa kedai-kedai harus mendapatkan pengecualian daripada MTI dan mereka yang belum diberitahu secara langsung tidak harus menganggap mereka boleh menyambung operasi.

Dalam kenyataannya pada Rabu, kementerian itu berkata perniagaan yang termasuk dalam kategori yang diumumkan lebih awal tidak perlu mendapatkan pengecualian sebelum menyambung operasi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg