SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Perogol 50 tahun dan ke atas dikecuali dari hukuman rotan: undang-undang perlu disemak, kata Presiden Halimah

Perogol 50 tahun dan ke atas dikecuali dari hukuman rotan: undang-undang perlu disemak, kata Presiden Halimah

Dec 20, 2022 | 5:30 AM

Perogol 50 tahun dan ke atas dikecuali dari hukuman rotan: undang-undang perlu disemak, kata Presiden Halimah

"Pemangsa seks menyatakan mereka tidak bersalah dengan memujuk mangsa bahawa kesalahan itu boleh dilakukan. Beberapa mangsa enggan mengadu tentang kejadian rogol kerana bimbang akan memecah belahkan keluarga atau kehilangan pencari nafkah utama. (Mangsa) Yang lain diugut dan ditakutkan untuk senyap." - Presiden Halimah Yacob.
"Pemangsa seks menyatakan mereka tidak bersalah dengan memujuk mangsa bahawa kesalahan itu boleh dilakukan. Beberapa mangsa enggan mengadu tentang kejadian rogol kerana bimbang akan memecah belahkan keluarga atau kehilangan pencari nafkah utama. (Mangsa) Yang lain diugut dan ditakutkan untuk senyap." - Presiden Halimah Yacob. -

PRESIDEN Halimah Yacob berkata perogol berusia 50 tahun dan ke atas tidak harus dikecuali dari hukuman rotan dan menyarankan agar semakan undang-undang dilaksanakan.

Beliau menyatakan beberapa kejadian rogol melibatkan kanak-kanak di rumah mereka sendiri yang dilakukan oleh saudara-mara mereka baru-baru ini adalah 'sangat membimbangkan dan meloyakan'.

Di bawah undang-undang yang ada sekarang, lelaki berusia 50 tahun dan ke atas tidak dikenakan rotan.

"Perogol tidak sepatutnya bebas daripada dihukum rotan hanya kerana mereka berumur 50 tahun.

"Sungguh ironi bahawa mereka dapat melarikan diri daripada kesakitan yang disebabkan oleh rotan walaupun mangsa mengalami trauma teruk dan kerosakan yang tidak dapat diperbaiki yang mereka lakukan dengan kejam terhadap mangsa mereka akan berterusan seumur hidup,'' kata Puan Halimah dalam catatannya di Facebook semalam.

Beliau berkata terdapat beberapa kes di mana kejadian rogol dilakukan lebih awal tetapi dilaporkan hanya selepas perogol berusia lebih 50 tahun.

"Ia tepat pada masanya kita menyemak undang-undang ini," ujar Puan Halimah.

Perlindungan kanak-kanak daripada pemangsa seksual harus ditingkat

Beliau berkata terdapat keperluan bagi melindungi kanak-kanak dengan lebih baik daripada pemangsa seksual.

Beliau turut berkata hukuman berat bagi pesalah yang disabitkan adalah penting, namun ia tidak mencukupi dengan hanya hukuman tersebut.

"Saya bimbang sekiranya terdapat lebih banyak kes yang tidak dilaporkan.

"Saya tidak dapat membayangkan betapa perit dan kerosakan yang dialami oleh mangsa muda ini," kata Puan Halimah.

Beliau juga berkata terdapat satu trend antara kes yang dilaporkan.

Antaranya adalah mangsa-mangsa telah dikawal sejak kecil lagi oleh pemangsa, yang merupakan bapa, bapa tiri atau saudara lelaki yang lain. Ini menyebabkan mangsa menganggap bahawa perbuatan yang dilakukan terhadap mereka adalah perkara biasa.

Beberapa mangsa mendapati bahawa perbuatan sedemikian adalah salah hanya apabila mereka menghadiri kelas pendidikan seks di sekolah kemudiannya.

"Pemangsa seks menyatakan mereka tidak bersalah dengan memujuk mangsa bahawa kesalahan itu boleh dilakukan.

"Beberapa mangsa enggan mengadu tentang kejadian rogol kerana bimbang akan memecah belahkan keluarga atau kehilangan pencari nafkah utama.

"(Mangsa) Yang lain diugut dan ditakutkan untuk senyap," kata Puan Halimah.

"Bayangkan keganasan dan kelemahan kanak-kanak yang terperangkap di dalam rumah yang sepatutnya menjadi tempat perlindungan, tetapi sebaliknya menjadi seperti neraka," tambahnya.

Puan Halimah menambah bahawa badan-badan seperti agensi perkhidmatan sosial, Pave, menangani keganasan rumah tangga dengan baik.

Beliau berharap mereka dapat bekerjasama dengan agensi pemerintah yang berkaitan dan mencari jalan untuk melindungi kanak-kanak daripada penderaan seksual di rumah dengan lebih baik.

"Ia adalah tanggungjawab kita untuk melindungi anak-anak kita dan kita tidak boleh mengecewakan mereka," kata Puan Halimah.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg