Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perolehi biasiswa A*Star pengajian PhD walau minat awalnya 'terpendam'

Aug 6, 2022 | 5:30 AM
KEBANGGAAN IBU BAPA: Encik Hamzah Kamaruddin yang menerima Biasiswa Possiswazah A*Star 2022 ditemani ibu bapanya, Cik Selina Mohammad Kassim dan Encik Kamaruddin Mohamad Said di majlis anugerah biasiswa tersebut yang diadakan di The Theatre @ Mediacorp semalam. - Foto BH oleh KHALID BABA
KEBANGGAAN IBU BAPA: Encik Hamzah Kamaruddin yang menerima Biasiswa Possiswazah A*Star 2022 ditemani ibu bapanya, Cik Selina Mohammad Kassim dan Encik Kamaruddin Mohamad Said di majlis anugerah biasiswa tersebut yang diadakan di The Theatre @ Mediacorp semalam. - Foto BH oleh KHALID BABA -

BELIAU tidak pernah terlalu meminati apa yang dipelajarinya di sekolah.

Namun, semua itu berubah apabila Encik Hamzah Kamaruddin mengikuti pengajian dalam bidang Sains Bahan dan Kejuruteraan.

Disebabkan minat yang mendalam, Encik Hamzah bukan sahaja lulus dengan kepujian tertinggi, malah mendorongnya mendalami bidang itu ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) pula.

Lebih manis lagi, siswazah Universiti Teknologi Nanyang (NTU) berusia 25 tahun itu berjaya merebut Biasiswa Possiswazah Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star) 2022 dan bakal memulakan pengajiannya minggu depan di NTU.

Semalam, Encik Hamzah yang ditemani ibu bapanya, Cik Selina Mohammad Kassim, 55 tahun, dan Encik Kamaruddin Mohamad Said, 58 tahun, menerima biasiswa tersebut di majlis Anugerah Biasiswa A*Star yang diadakan di The Theatre @ Mediacorp.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg