Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Perpustakaan mini Jamiyah sedia peluang pupuk minat baca dalam kanak-kanak

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perpustakaan mini Jamiyah sedia peluang pupuk minat baca dalam kanak-kanak

Apr 21, 2024 | 02:24 PM



Menyediakan perpustakaan dapat mewujudkan peluang untuk kanak-kanak mengembangkan minat membaca dalam dunia yang semakin digital, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.

Menyatakan demikian di pelancaran perpustakaan mini oleh Jamiyah Singapura yang terletak di Jampacked@West Coast itu pada 21 April, Encik Lee berkata usaha mewujudkan perpustakaan mini sedemikian memerlukan sokongan masyarakat, selain menyediakan platform bagi individu lain untuk tampil menyumbang.

Bertemu media selepas sesi bercerita itu, Encik Lee berkata:

“Pusat Jampacked merupakan contoh baik bahawa perumahan awam bukan sahaja menyediakan rumah tetapi juga perkhidmatan yang diperlukan untuk masyarakat dan keluarga berkembang maju, bagi anak-anak membesar dalam persekitaran holistik dan baik.

“Jampacked oleh Jamiyah bukan sahaja menyediakan keperluan seharian seperti bahan makanan, tetapi juga memanfaatkan ruang yang ada dalam masyarakat untuk menyediakan pelbagai khidmat sosial dan kemasyarakatan...(termasuk) perpustakaan mini untuk menggalakkan cinta membaca dalam diri kanak-kanak dari usia muda.”

“Menyediakan perpustakaan menyediakan peluang bagi kanak-kanak membangunkan cinta terhadap membaca dalam masyarakat dan dunia yang semakin digital.”

Menurut Jamiyah, inisiatif tersebut yang disokong Micron Semiconductor Asia Pte Ltd, bertujuan mencetuskan cinta terhadap pembacaan dan pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak berusia tiga hingga 12 tahun.

Semasa pelancaran perpustakaan mini yang turut dihadiri kanak-kanak pelbagai kaum yang merupakan penduduk di sekitar kawasan itu, Encik Lee sempat meluangkan masa mengambil bahagian dalam sesi bercerita kepada mereka.

Jampacked@West Coast terletak di Blok 730, Clementi West St 2.

Selain Micron, perpustakaan mini itu juga berjaya dibangunkan hasil kerjasama dan sumbangan anggota masyarakat lain, termasuk sukarelawan dari Rumah Peralihan Jamiyah, Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) dan sekolah antarabangsa UWC South East Asia (UWCSEA).

Jamiyah berkata ia berharap perpustakaan mini itu menjadi hab untuk minda muda meneroka dunia dan idea baru.

“Ia berfungsi sebagai tapak untuk meningkatkan celik huruf, menawarkan ruang unik di mana kanak-kanak boleh membaca, belajar dan berkembang. Melalui inisiatif ini, kami berhasrat untuk memupuk ikatan masyarakat dan keluarga yang kukuh di mana ibu bapa, anak, rakan usaha sama dan sukarelawan mendapat kegembiraan daripada membaca bersama,” kata Jamiyah Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >