Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Persatuan Arab SG kumpul dana bagi penduduk Yaman

Dec 4, 2021 | 5:30 AM
PERLUKAN BANTUAN: Warga Hadramaut sangat memerlukan bantuan kesihatan dan bantuan kemanusiaan. - Foto AMEEN TALIB
PERLUKAN BANTUAN: Warga Hadramaut sangat memerlukan bantuan kesihatan dan bantuan kemanusiaan. - Foto AMEEN TALIB -

ORANG ramai boleh menghulurkan bantuan dalam bentuk derma bagi para penduduk Yaman mulai hari ini sehingga hujung bulan ini menerusi usaha Persatuan Arab Singapura (Al-Wehdah).

Setiausaha Al-Wehdah, Dr Ameen Talib berkata usaha pengumpulan dana itu bertujuan menyediakan bantuan kesihatan, perlindungan dan sokongan-sokongan sosial bagi golongan masyarakat memerlukan dan terjejas di Yaman.

Dalam masa yang sukar ini, Al-Wehdah berharap agar masyarakat di Singapura dapat membantu saudara-saudara di Hadramaut yang sangat memerlukan keperluan asas.

Warga Hadramaut katanya sangat memerlukan bantuan kesihatan dan bantuan kemanusiaan.

Konflik yang berlaku di negara termiskin di Semenanjung Arab itu memusnahkan prasarana, meruntuhkan ekonomi dan meletakkan berjuta-juta penduduk di ambang kebuluran.

Laporan antarabangsa melaporkan, bilangan mereka yang kekurangan zat makanan akan mencecah 9.2 juta menjelang 2030.

Manakala jumlah mereka yang hidup dalam kemiskinan tegar akan meningkat kepada 22 juta, atau 65 peratus daripada penduduk yang ada iaitu kira-kira 30 juta orang, sebagaimana mengikut kadar terkini.

Krisis kemanusiaan yang berlaku telah menyebabkan berjuta-juta orang kehilangan tempat tinggal, memusnahkan ratusan sekolah dan mengganggu sistem kesihatan dan pendidikan rakyatnya.

Dr Ameen berkata, berdasarkan kontak mereka di Yaman, rakyat Yaman amat memerlukan bantuan kemanusiaan.

Ini disahkan oleh jurucakap Pertubuhan Amal Wadi Hadramaut, Encik Said Jaafar Talib, yang memberitahu para penduduk Yaman kini hidup dalam keadaan serba miskin dengan keadaan ekonominya semakin memburuk dek pandemik Covid-19.

"Purata pendapatan penduduk kurang daripada $50 sebulan dan nilai riyal Yaman setiap hari kian merosot. Harga barangan keperluan asas pula semakin tidak terjangkau. Ada di antara kami yang mati kerana tidak mampu membeli ubat."

Penduduk Yaman, Encik Ali Abdulkader Baraja memberitahu:

"Keadaan di Hadramaut amat teruk. Ramai yang kelaparan dan para penduduk tidak dapat menikmati keperluan asas mereka. Harga barang sangat mahal. Kami hanya mampu berdoa agar perang dan kelaparan kami akan berakhir."

Ini sekali gus menyebabkan ramai penduduknya perlu berebut bagi mendapatkan bekalan sumber yang kian terbatas termasuk mendapat rawatan kesihatan.

Ditambah dengan pandemik Covid 19 semasa dan perang berterusan yang berpanjangan di Yaman, warga Hadramaut sangat memerlukan bantuan kemanusiaan, kata Dr Ameen.

"Purata pendapatan penduduk kurang daripada $50 sebulan dan nilai riyal Yaman setiap hari kian merosot. Harga barangan keperluan asas pula semakin tidak terjangkau. Ada di antara kami yang mati kerana tidak mampu membeli ubat." - Jurucakap Pertubuhan Amal Wadi Hadramaut, Encik Said Jaafar Talib.

"Keadaan di Hadramaut amat teruk. Ramai yang kelaparan dan para penduduk tidak dapat menikmati keperluan asas mereka. Harga barang sangat mahal. Kami hanya mampu berdoa agar perang dan kelaparan kami akan berakhir." - Penduduk Yaman, Encik Ali Abdulkader Baraja.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg