Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Persatuan Bank S'pura: Jangan dedah katakunci, PIN, OTP kepada sesiapa

Apr 27, 2020 | 1:04 PM
JANGAN JADI MANGSA PENIPUAN: Persatuan Bank Singapura menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada dan berhati-hati sebelum mengongsi maklumat perbankan mereka, dan tidak sesekali memberi atau mendedahkan nombor PIN, katakunci dan OTP kepada sesiapa.
JANGAN JADI MANGSA PENIPUAN: Persatuan Bank Singapura menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada dan berhati-hati sebelum mengongsi maklumat perbankan mereka, dan tidak sesekali memberi atau mendedahkan nombor PIN, katakunci dan OTP kepada sesiapa. - - Foto: FAIL

JUMLAH kes penipuan melibatkan panggilan dan pesanan dibuat oleh penipu yang menyamar sebagai pegawai bank didapati meningkat, kata Persatuan Bank Singapura (ABS) dalam kenyataannya hari ini.

Disebabkan itu, ABS ingin menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada dan berhati-hati sebelum mengongsi maklumat perbankan mereka.

"Beberapa kes penipuan dikesan semasa situasi Covid-19 ini, melibatkan tawaran palsu bagi pinjaman bank. ABS ingin menasihatkan orang ramai bahawa bank telah mengadakan tatacara untuk pelanggan melindungi diri mereka daripada panggilan-panggilan sedemikian," menurut kenyataan ABS.

Bank katanya tidak akan menghubungi pelanggan sewenang-wenang menerusi aplikasi sembang seperti WhatsApp atau Viber; sekiranya orang awam menerima panggilan daripada kakitangan bank menerusi WhatsApp, ia hanya untuk menyelesaikan atau mengambil langkah susulan yang mereka benar-benar ketahui.

Bank juga tidak akan membuat panggilan kepada pelanggan menggunakan nombor telefon asing.

Bank juga tidak meminta maklumat peribadi pelanggan seperti identiti pengguna, nombor pengenalan peribadi (PIN) dan Kata Kunci Sekali Sahaja (OTP), meskipun mereka akan meminta maklumat pengesahan diri seperti tarikh lahir.

Bank juga tidak menutup akaun secara tiba-tiba atau dalam masa beberapa jam. Pelanggan akan dimaklumkan dan diberi masa mencukupi sebelum sesebuah akaun akan ditutup.

"Pelanggan tidak harus mengongsi identiti peribadi, PIN, OTP dan Katakunci dengan sesiapa pun termasuk kakitangan bank. Ini harus dirahsiakan demi melindungi akaun bank anda dari dimasuki oleh pihak yang tidak diberi kuasa berbuat demikian.

Orang ramai yang menerima panggilan yang mencurigakan, dinasihatkan agar meletak telefon dan melaporkan kepada bank mereka selain Penguasa Kewangan Singapura menerusi e-mel di alamat webmaster@mas.gov.sg atau menghubungi Polis di talian 1800-255-0000 atau lungsuri laman www.police.gov.sg/iwitness.

Jangan hubungi semula nombor yang diberikan pemanggil. Sekat atau laporkan nombor itu sebagai 'spam' di aplikasi telefon anda dengan serta-merta.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg