Persatuan Guaman Singapura diarahkan untuk membayar balik kos guaman lebih $32,000 kepada Anggota Parlimen (AP) dan peguam, Encik Christopher de Souza, menyusul pembebasannya atas tuduhan salah laku profesional.
Encik de Souza membayar Persatuan Guaman selepas tribunal tatatertib mendapatinya bersalah pada 2022 kerana membantu anak guam menyekat bukti bahawa ia telah melanggar akujanji untuk tidak menggunakan dokumen tertentu.
Pada Julai 2023, Mahkamah Tiga Hakim membatalkan penemuan tribunal dan membebaskannya daripada tuduhan.
Pada Selasa, mahkamah mengeluarkan alasan bertulis yang menyatakan alasan terperinci untuk keputusannya, lapor The Straits Times.
Walapun tiga hakim itu mempunyai pandangan berbeza sekiranya pendedahan telah dibuat, mereka sebulat suara membuat kesimpulan bahawa Encik de Souza tidak berniat untuk membantu dalam penindasan bukti.
Mengenai isu kos perundangan, mahkamah memerintahkan Persatuan Guaman memulangkan $18,000 kepada Encik de Souza untuk kos dan $14,394,12 untuk perbelanjaan luar poket.
Bagaimanapun, para hakim tidak yakin bahawa Persatuan Guaman perlu membayar kos kepada Encik de Souza, Anggota Parlimen GRC Holland-Bukit Timah.
Dalam berhujah untuk perintah kos, peguamnya berhujah bahawa Persatuan Guaman telah mendakwa Encik de Souza “dengan cara yang menindas dan tidak wajar” kerana penyiasatannya telah berada di luar skop aduan asal.
Namun, para hakim berkata Persatuan Guaman berhak untuk menyiasat perkara di luar aduan, dan mereka tidak dapat membuat kesimpulan bahawa Persatuan Guaman telah bertindak dengan niat jahat.
Mahkamah berkata tiada bukti bahawa Encik de Souza berhasrat untuk bersalah laku. Sebaliknya, sejarah penggubalan afidavit menunjukkan bahawa beliau dan pasukannya berhasrat secara konsisten untuk mendedahkan pelanggaran itu.
Kenyataan daripada peguam Encik de Souza dari WongPartnership berkata beliau “berasa rendah diri dengan keputusan yang wajar ini, ia membolehkannya untuk terus memberi tumpuan kepada – keluarga, negara dan firma”.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg