Premium
Persatuan hotel, vendor sedia latihan pelayanan
Jun 28, 2019 | 5:30 AM
LEBIH BANYAK PELUANG: Mereka yang berminat meneroka bidang pelayanan kini boleh menjangkakan lebih banyak latihan dan peluang pekerjaan dengan adanya pengumuman program baru yang diumumkan Encik Chee Hong Tat (kiri). Beliau dilihat berinteraksi dengan kakitangan Hotel Raffles. - Foto MCI -
PERSATUAN Hotel Singapura (SHA) akan bekerjasama dengan pembekal latihan untuk menawarkan latihan bagi warga Singapura yang berminat meneroka peluang pekerjaan dalam bidang pelayanan, kata Menteri Negara Kanan (Perdagangan dan Perusahaan), Encik Chee Hong Tat.
Menurutnya, dengan kemahiran betul, SHA akan membantu warga mendapatkan pekerjaan sesuai.

