Persatuan Kanak-Kanak SG beri pelajar tablet baru

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Persatuan Kanak-Kanak SG beri pelajar tablet baru

Mar 20, 2021 | 5:30 AM

Persatuan Kanak-Kanak SG beri pelajar tablet baru

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
DERMA AMAL: Dr Andy Joshua Warren (kanan), memberi tablet komputer kepada penerima bantuan Persatuan Kanak-Kanak Singapura Nur Darwisyah (berbaju hitam) dan Nur Insyirah (berbaju putih) di cawangan Yishun persatuan itu semalam. Bersama mereka adalah nenek mereka, Cik Siti Rogaiyah (tudung merah). - Foto BH oleh GAVIN FOO
DERMA AMAL: Dr Andy Joshua Warren (kanan), memberi tablet komputer kepada penerima bantuan Persatuan Kanak-Kanak Singapura Nur Darwisyah (berbaju hitam) dan Nur Insyirah (berbaju putih) di cawangan Yishun persatuan itu semalam. Bersama mereka adalah nenek mereka, Cik Siti Rogaiyah (tudung merah). - Foto BH oleh GAVIN FOO -

PERSATUAN Kanak-Kanak Singapura telah memberikan 37 pelajar tablet baru dengan papan kekunci yang dibiayai Klinik Pergigian AJ Warren semalam.

Usaha itu membantu kanak-kanak seperti Darwisyah, 13 tahun, yang akan cuba menghabiskan kerja rumah menggunakan telefon bijaknya tetapi menghadapi kesukaran dengan saiz skrin yang kecil.

Disebabkan itu, beliau perlu ke sekolah untuk menggunakan komputer kerana beliau tidak mempunyai komputer sendiri.

Kini, beliau akan dapat menghabiskan tugasan dalam talian beliau dengan mudah menggunakan tablet barunya.

Alat itu diagihkan kepada pelajar dan warga dewasa muda yang bekerja berusia 12 tahun hingga 24 tahun di satu acara amal di Khidmat Keluarga Yishun @ Persatuan Kanak-Kanak.

Ini merupakan derma amal berskala besar pertama oleh pengasas klinik, Dr Andy Warren, lapor The Straits Times.

Menggunakan kriteria yang beliau berikan, pekerja kes Persatuan Kanak-Kanak Singapura menyarankan penerima bantuan yang tidak mempunyai alat IT cukup di rumah untuk menyokong pembelajaran mereka, kata Encik Fang Xinwei, penolong pengarah dan timbalan ketua Khidmat Keluarga Yishun @ Persatuan Kanak-Kanak.

Dr Warren berkata: "Matlamat kami adalah untuk membantu merapatkan jurang sosio-ekonomi dalam masyarakat dengan memberikan keluarga kurang bernasib baik komputer riba dan komputer untuk melengkapi mereka bagi era digital."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg