Persatuan Muhammadiyah mengalu-alukan sokongan individu dan korporat untuk Projek Wahdah, demi meningkatkan kapasiti dan keupayaan persatuan ini membantu masyarakat Islam setempat.
Projek Wahdah yang membawa erti perpaduan atau kesatuan, bukan sahaja menyumbang kepada dana naik taraf, ia juga usaha bagi mewujudkan kesatuan masyarakat dalam kebaikan menerusi program dan khidmat yang dijalankan oleh Persatuan Muhammadiyah.
Kerja menaik taraf dijangka dimulakan tidak lama lagi.
Kakitangan dan ahli persatuan sedang sibuk mengemas untuk memindahkan barang dan peralatan ke pejabat sementara dan ruang simpanan. Beberapa kerja penanggalan struktur telah dijalankan dan kegiatan biasa seperti pengajian dan kelas madrasah hujung minggu telah dipindahkan ke tempat lain.
Memandangkan Ramadan semakin hampir dan Persatuan Muhammadiyah menjalankan pelbagai kegiatan sepanjang bulan tersebut, perancangan telah dilakukan bagi memastikan kegiatan seperti pengagihan habuan, buka puasa/iftar, tazkirah harian dan tarawih masih boleh dijalankan di tempat alternatif untuk jemaah dan penerima bantuan. Butiran lanjut akan dikongsi di platform rasmi persatuan ini menjelang Ramadan.
Setiausaha Umum, Persatuan Muhammadiyah, Cik Roszanah Abdul Salim, berkata pihaknya amat berterima kasih atas segala sokongan padu yang diterima selama ini.
“Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penderma yang bermurah hati menyumbang kepada Projek Wahdah. Kami berharap sokongan berterusan mereka berkongsi peluang ini untuk bersedekah jariah bersama orang lain. Bersama-sama kita dapat jadikan hasrat masyarakat ini satu kenyataan,” jelas Cik Roszanah.
Orang ramai boleh menderma dan mendapatkan kurma Ajwa untuk Ramadan yang bakal menjelang.
Bagi syarikat korporat yang menyumbang, persatuan ini menawarkan pelbagai peluang seperti wakaf bilik darjah, penulisan nama di dinding untuk penderma tetap, dan kelayakan lain. Sila hubungi secretariat@muhammadiyah.org.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara anda boleh menyokong Projek Wahdah dan menyumbang kepada legasi berterusan Pusat Muhammadiyah, lawati muhammadiyah.org.sg/wahdah atau hubungi WhatsApp di talian 8408-4326.
SUMBANGAN KEPADA PAKEJ INFAQ PROJEK WAHDAH
Kepada yang berminat, anda boleh menyumbang ke Pakej Infaq Projek Wahdah yang dibahagikan kepada:
– Pakej Muhibbah (Infak $100) dengan cenderahati satu tin kurma Ajwa
– Pakej Barakah (Infak $500) dengan cenderahati 2 kilogram kurma Ajwa dan tin Ajwa, dan
– Pakej Rahmah (Infak $1,000) dengan cenderahati 5 kilogram kurma Ajwa beserta beg.
MAKLUMAT
1, Bermula pada 19 Februari 2024 ini, ibu pejabat Persatuan Muhammadiyah akan beroperasi di pejabat sementara di Hexacube, 160 Changi Rd, #03-05, Singapura 419728.
2. Kelas madrasah hujung minggu untuk Kelas Asas Bimbingan Agama (KABA) diadakan di Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah bermula Januari 2024.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg