Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Persiap jemaah jalani ibadah rukun Islam kelima dengan sempurna

Nov 2, 2024 | 5:30 AM
Jemaah TM Fouzy Travel ketika menziarahi dan bergambar beramai-ramai di Masjid Quba, Madinah, pada 2024.
Jemaah TM Fouzy Travel ketika menziarahi dan bergambar beramai-ramai di Masjid Quba, Madinah, pada 2024. - Foto TM FOUZY TRAVEL AND TOURS PTE LTD

Haji adalah perjalanan suci yang diimpikan oleh setiap Muslim, memenuhi rukun Islam yang kelima. Namun, ia bukan sekadar perjalanan fizikal semata-mata; lebih daripada itu, haji adalah perjalanan kerohanian yang mendekatkan diri kepada Allah swt.

Menunaikan ibadah haji bermakna seseorang itu menjawab panggilan Ilahi, dan persiapan yang rapi perlu dilakukan, bukan hanya dari segi kewangan, bahkan spiritual.

Pengarah TM Fouzy Travel and Tours Pte Ltd, Ustazah Tengku Madihah Fathiyyatul Fauziyyah Tengku Mohamad Fouzy Jumat, menjelaskan bahawa Rasulullah saw menekankan pentingnya niat dalam beribadah.

Baginda bersabda melalui Hadis Riwayat Muslim: “Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa dan harta kamu, tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu.” Ini menunjukkan bahawa keikhlasan dalam hati adalah kunci utama dalam melaksanakan ibadah haji, ujar Ustazah Tengku Madihah.

TM Fouzy Travel, yang ditubuhkan pada Julai 1994 oleh bapanya, Ustaz Tengku Mohamad Fouzy Tengku Mahid Jumat, bertekad mahu memberikan perkhidmatan terbaik kepada jemaah yang ingin menunaikan umrah dan haji.

Ustazah Tengku Madihah mengingatkan bahawa bakal tetamu Allah perlu bertaubat dan memohon ampun atas segala dosa. Selain itu, bermaaf-maafan sesama keluarga dan teman-teman juga penting sebagai persiapan rohani sebelum berangkat ke tanah suci.

Beliau turut menekankan bahawa jemaah harus memiliki niat yang tulus untuk pergi haji, bukan hanya untuk tujuan melancong.

“Ibadah haji adalah rukun Islam yang wajib bagi setiap Muslim. Kita perlu meninggalkan kesenangan di tanah air untuk menyahut seruan Allah swt. Haji mencerminkan kehidupan akhirat, di mana manusia daripada pelbagai latar belakang berkumpul dan merenungkan segala perbuatan mereka. Kesabaran adalah kunci dalam menghadapi cabaran dan dugaan yang mungkin timbul,” jelasnya.

Dalam persiapan untuk menunaikan haji, Ustazah Tengku Madihah menegaskan pentingnya mengikuti kelas Manasik Haji. Kelas ini akan membongkar rahsia ibadah haji dari segi syariat dan hakikat. Kursus tersebut akan diadakan dari November 2024 hingga April 2025 di Masjid Darul Aman, Jalan Eunos, setiap Ahad selepas solat Asar.

Persiapan Mental dan Fizikal

Ustazah Tengku Madihah memberitahu bahawa musim haji tahun 2025 ini akan menjadi sangat panas. Oleh itu, jemaah perlu menjaga kesihatan dengan baik. “Minumlah air secukupnya, terutamanya air zamzam, dan elakkan terdedah kepada panas terik. Selain itu, niatkan untuk bertemu Rasulullah ketika berada di Madinah dan perbanyakkan solat serta ibadah bagi menunaikan haji dengan sempurna,” ujarnya.

Mengenai ziarah ke Madinah, beliau mengingatkan: “Semoga kita dapat menziarahi Rasulullah saw dengan niat yang tulus. Usahakan untuk solat lima waktu di Masjid Nabawi sebanyak 40 kali, yang hanya boleh dicapai dengan menginap di Madinah selama lapan malam, seperti yang disediakan dalam pakej TM Fouzy Travel.”

Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang solat dalam masjidku ini 40 waktu tanpa tertinggal satu pun, dituliskan baginya kelepasan daripada api neraka.” (Hadis Riwayat al-Thabarani). Ustazah Tengku Madihah berharap agar semua jemaah pulang dengan haji yang mabrur. “Semoga Allah mengurniakan haji yang mabrur kepada kita semua. Amin,” ujar Ustazah Tengku Madihah.

Untuk pertanyaan, sila hubungi syarikat TM Fouzy Travel.

* TM Fouzy Travel & Tours Pte Ltd terletak di 390 Victoria St, #03-15, Singapura 188061.

* Hubungi talian 6294- 8044 atau e-mel kepada enquiry@tmfouzy.sg

* Anda juga boleh melunguri laman http://www.tmfouzy.sg untuk perincian selanjutnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg