Askar dari bahagian Aerial Cargo Riggers, dari Kompeni Terminal Udara Tentera Singapura, Batalion Pengangkutan ketiga SAF jalani latihan khas untuk memastikan barang punggahan dipasang dengan payung terjun dan selamat untuk diangkut dan digugurkan dari udara, menurut maklumat di akaun media sosial Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF), iaitu thersaf.
Sejurus sebelum berlepas, pemeriksaan terakhir bersama dilaksanakan oleh askar Aerial Cargo Riggers dan loadmasters, atau ketua barang punggahan.
Zon yang telah dikenal pasti harus terletak di luar kawasan yang dihuni orang ramai tetapi boleh dimasuki orang yang memerlukan bahan bantuan.
Kargo dari pesawat C-130 hanya digugurkan apabila semua kriteria dipenuhi. Kriteria ini termasuk syarat penerbangan, kekencangan angin dan syarat zon gugur yang lain.
Menurut maklumat akaun Instagram thersaf, operasi penguguran di zon konflik mempunyai risiko.
Faktor utama kejayaan operasi pengguguran udara adalah latihan. Kakitangan dari Batalion Pengangkutan Ketiga SAF dan 122 Skuadron perhalusi kemahiran menerusi latihan seperti Latihan Wallaby untuk pastikan mereka bersiap sedia untuk menghadapi misi seperti ini.
Misi pengguguran udara ini juga dikendalikan secara rapat dengan Angkatan Bersenjata Jordan untuk melaksanakan operasi dengan berkesan.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg