Persiapan haji 2026 diteruskan, pemerintah pantau situasi Timur Tengah
Persiapan haji 2026 diteruskan, pemerintah pantau situasi Timur Tengah
Mar 5, 2026 | 3:40 PM
Persiapan bagi haji 2026 terus dijalankan, namun pemerintah akan terus memantau situasi di Timur Tengah sambil mengutamakan keselamatan jemaah Singapura, kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim. - Foto fail
Semua persiapan bagi musim haji 2026 berjalan lancar tanpa gangguan, dan pemerintah akan terus memantau dengan teliti perkembangan di Timur Tengah, kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Ketika ditanya tentang rancangan haji semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) mengenai ehwal masyarakat Islam di Parlimen pada 5 Mac, beliau menjelaskan bahawa pemerintah berhubung rapat dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi perkembangan terkini.
“Yang paling penting, keselamatan jemaah kita tetap menjadi keutamaan kami,” kata beliau.
Laporan berkaitan
SCIS bakal rasmi kerjasama dengan 3 institusi luar negara bagi program pengajian IslamMar 5, 2026 | 3:32 PM
M³ akan jadi M³+, perdalam kerjasama dengan pertubuhan Melayu/Islam, kumpulan lainMar 5, 2026 | 2:18 PM

