Topik diikuti
Pergi ke BHkuPersidangan iklim PBB gagal capai kata sepakat; namun jaya tingkat pemahaman
Persidangan iklim PBB gagal capai kata sepakat; namun jaya tingkat pemahaman
Persidangan iklim PBB gagal capai kata sepakat; namun jaya tingkat pemahaman
ROMBONGAN SINGAPURA: Encik Masagos (dua dari kiri) bersama beberapa anggota rombongan Singapura di COP-25 di Madrid. Rombongan itu merangkumi pegawai Sekretariat Perubahan Iklim Nasional (NCCS), Pejabat Peguam Negara (AGC), serta Kementerian-Kementerian Ehwal Luar, Pengangkutan, Perdagangan dan Perusahaan, serta Sekitaran dan Sumber Air. - Foto FACEBOOK MASAGOS ZULKIFLI -
Dec 17, 2019 | 5:30 AM
PERSIDANGAN berbilang negara tentang perubahan iklim tidak mencapai kata muafakat yang diinginkan tetapi ia memberikan negara yang terlibat pemahaman lebih baik tentang pendirian masing-masing.
Ia juga menunjukkan peri penting menyokong kerjasama berbilang hala sebagai rangka kerja utama, yang memberi peluang negara-negara berbeza untuk bersatu dan bersama menangani isu perubahan iklim, perdagangan bebas dan keamanan, kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.