Topik diikuti
Pergi ke BHkuPertahanan mutlak harus terus dipupuk dalam jiwa setiap warga
Esok adalah Hari Pertahanan Mutlak. Pertahanan Mutlak merangkumi lima aspek - pertahanan tentera, sosial, psikologi, awam dan ekonomi. Berita Minggu bersembang bersama Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohd Maliki Osman, mengenai pengertian Pertahanan Mutlak di samping menyorot kisah individu daripada pelbagai latar belakang yang masing-masing memaparkan lima aspek tersebut serta mencerminkan tema tahun ini - Bersama Kita Memastikan Singapura Kekal Teguh.
DR MALIKI: Pertahanan mutlak semakin penting di Singapura ekoran perubahan dalam masyarakat Singapura, cabaran masa kini dan penggunaan teknologi yang semakin canggih. - Foto M.O. SALLEH -
Feb 14, 2016 | 5:30 AM
WARGA Singapura mampu mengatasi pelbagai cabaran, termasuk krisis Sars dan kelembapan ekonomi, bersama sebelum ini kerana memiliki semangat tidak mudah luntur, kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohd Maliki Osman.
Ini hasil pertahanan psikologi - salah satu komponen pertahanan mutlak negara ini - yang telah dibangunkan selama ini.
