Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pertandingan boxing Elite Amateur Series kembali tahun ini

Sep 6, 2019 | 8:49 PM
ANTARA TARIKAN: Petinju profesional tempatan, Farouk Hamzah (kiri) akan dicabar petinju mapan Indonesia, Ricky Manufoe. -Foto: THE RING BOXING COMMUNITY
ANTARA TARIKAN: Petinju profesional tempatan, Farouk Hamzah (kiri) akan dicabar petinju mapan Indonesia, Ricky Manufoe. -Foto: THE RING BOXING COMMUNITY -

THE Ring Fighting Championship (TRFC) telah mengumumkan pada hari Jumaat (6 September) bahawa edisi ketiga Elite Amateur Series akan kembali tahun ini.

TRFC akan menampilkan 4 perlawaan profesional dan 14 perlawanan amatur melibatkan petinju tempatan dan antarabangsa termasuk dari Perancis, Indonesia, Filipina, Taiwan, Malaysia, Thailand, dan juga pasukan Tinju Kebangsaan Brunei yang akan membuat penampilan pertama mereka.

Tujuan Elite Amateur Series TRFC adalah untuk membina adegan tinju amatur tempatan, dan dengan penyertaan pasukan kebangsaan dari negara asing yang terkenal, ia akan memberikan peluang kepada pasukan tinju Singapura untuk bersaing pitinju lain yang terbaik dalam sukan ini.

Pengurus Besar TRFC Dzulfady Jaffar mengatakan bahawa pertandingan ini akan menyediakan tinju amatur tempatan "dengan platform bertaraf sedunia untuk bersaing dengan beberapa amatur terbaik di seluruh rantau ini."

Beberapa petinju Amatur Kebangsaan Singapura juga akan bersaing di acara itu, termasuk Danisha Mathi dan Muhamad Hafiz, yang telah mewakili negara Singapura dalam pelbagai kejohanan tinju Antarabangsa serta di rantau ini.

Acara itu juga akan mempersembahkan petinju professional setempat yang belum pernah dikalahkan, Hamzah Farouk. Rekod beliau itu akan dicabar apabila beliau akan bersaing dengan Juara Nasional Indonesia dan Veteran Tinju, Ricky Manufoe.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg