Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

'Water Break' latih kanak-kanak kawal kederasan air paip

Jul 27, 2021 | 5:30 AM
PUPUK BERJIMAT SEJAK KECIL: Alat bernama WaterBreak ini memudahkan kanak-kanak membuka paip untuk dapatkan air namun dengan perlahan mematikan paip selepas digunakan. Ia hasil kerjasama sekumpulan tiga teman daripada Politeknik Nanyang, iaitu Mohamad Khairel Mohd Ali (kiri), Syafiqah Afifah Sahri (kanan), dan Hsu Che Wei (tidak ada di dalam gambar). -- Foto PUB
PUPUK BERJIMAT SEJAK KECIL: Alat bernama WaterBreak ini memudahkan kanak-kanak membuka paip untuk dapatkan air namun dengan perlahan mematikan paip selepas digunakan. Ia hasil kerjasama sekumpulan tiga teman daripada Politeknik Nanyang, iaitu Mohamad Khairel Mohd Ali (kiri), Syafiqah Afifah Sahri (kanan), dan Hsu Che Wei (tidak ada di dalam gambar). -- Foto PUB -

MATLAMAT mereka adalah untuk memupuk tabiat menjimatkan air sejak kecil lagi.

Tanpa menggunakan sebarang teknologi yang rumit, sekumpulan tiga sahabat daripada Politeknik Nanyang telah menghasilkan sebuah alat melatih kanak-kanak agar mereka dapat menjimatkan air yang digunakan.

Menerusi projek mereka bernama Water Break, ia sebuah alat yang dipasang di pembuka aliran air di paip (lever) untuk mengawal kederasan air yang keluar daripadanya.

Pada masa yang sama, ia turut memudahkan kanak-kanak kecil ketika menggunakan paip sambil menjimatkan air.

Pada masa yang sama, ia turut memudahkan kanak-kanak kecil mendapatkan air untuk pelbagai tujuan tertentu seperti mencuci tangan.

Namun menurut salah seorang ahli kumpulan itu, Encik Mohamad Khairel Mohd Ali, 22 tahun:

"Memandangkan mereka masih kecil dan tidak begitu bijak mengawal derasnya air yang diperlukan, Water Break mempunyai dua batang elastik yang dilengkapkan di badan paip air yang akan secara perlahan-lahan menutup paip itu setelah ia digunakan.

"Water Break itu bertujuan memupuk tabiat menjimatkan air dalam kalangan kanak-kanak sejak kecil lagi agar mereka digalak menggunakan air tanpa membazir," jelas Encik Mohamad Khairel lagi.

Ahli-ahli kumpulan itu berkata mereka ingin menghasilkan sebuah alat yang mudah dicipta, mudah diguna dan mudah dipasang di rumah namun manfaatnya adalah buat jangka panjang.

"Jadi daripada mencipta sebuah huraian yang menyelesaikan masalah hanya sekali sahaja, kami menghasilkan kemudahan itu agar air dapat dijimatkan dengan banyak buat jangka masa yang lama," kata Cik Syafiqah Afifah Sahri, 20 tahun, seorang lagi ahli kumpulan.

"Ini kerana kanak-kanak itu akan mempunyai tabiat berjimat, sekali gus mengelakkan daripada pembaziran air," tambahnya lagi.

Kumpulan itu menerima hadiah sagu hati $500 dalam pertandingan Splash Lab anjuran agensi air Singapura PUB.

Mereka berkata meskipun adanya pandemik Covid-19, usaha menangani perubahan iklum tetap berterusan.

Seorang lagi ahli kumpulan Encik Hsu Che Wei, 20 tahun becerita:

"Kami menghadapi banyak cabaran kerana tidak dapat beretemu secara fizikal sepanjang tempoh pertandingan itu.

"Meskipun kebanyakan pertemuan kami adalah menerusi Zoom, ia telah membolehkan kami melaksanakan tugas dengan lebih berkesan dan pantas."

''Water Break itu bertujuan memupuk tabiat menjimatkan air dalam kalangan kanak-kanak sejak kecil lagi agar mereka digalak menggunakan air tanpa membazir.'' - Encik Mohamad Khairel Mohd

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg