PADERI kanan Gereja Masyarakat Cornerstone (CSCC) Yang Tuck Yoong (dua dari kiri) telah bertemu Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram (empat dari kiri) semalam.

Pertemuan itu bertujuan menjelaskan pendirian gereja itu susulan ia menganjurkan persidangan Kristian di mana seorang pendakwah asing telah memberi kenyataan tentang Islam dengan cara yang boleh menjejas keharmonian agama di Singapura.