Pertimbang pelbagai laluan, teliti kos dan nilai ijazah
Jumlah pelajar Singapura yang meneruskan pengajian di luar negara kian meningkat. Pelajar Melayu tidak terkecuali. Keluarga sanggup jual rumah dan mengambil pinjaman bank sementara para pelajar itu pula bertungkus lumus mengimbangi pendidikan dan pekerjaan demi menampung kos pendidikan di seberang laut. Namun, dengan trend tersebut, timbul keprihatinan jika mereka berjaya mendapatkan pekerjaan yang setimpal dengan 'pelaburan' mereka sekembalinya ke tanahair. Wartawan SHAHIDA SARHID (sshahida@sph.com.sg) melaporkan di halaman ini dan halaman sebelah.
UNIVERSITI LUAR NEGARA: Jumlah mahasiswa Singapura di universiti Australia seperti Universiti Sydney ini, adalah tinggi, dengan bilangannya melebihi 6,300 pada 2015. - Foto AFP -
UNIVERSITI SETEMPAT: Menawarkan program pertukaran dan program pengembaran dengan universiti luar negara, pelajar mempunyai peluang luas untuk berinteraksi dengan pelajar asing selain mempelajari antara satu sama lain tanpa perlu mendaftarkan diri ke universiti luar negara. - Foto fail -
-

SEBAGAI antara pertubuhan yang mengagihkan dermasiswa secara meluas kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar negara, Presiden Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM), Encik Suhaimi Salleh, mula melihat trend yang agak membimbangkan.
Beliau prihatin apabila mendengar rintihan ibu bapa yang terpaksa menjual rumah atau mengambil pinjaman bank demi membiayai kos pengajian anak mereka yang belajar di luar negara.