Premium
Pertubuhan perniagaan, badan masyarakat hargai bantuan
May 28, 2020 | 5:30 AM
BANTUAN TAMBAHAN: Di bawah Belanjawan Kecekalan, penyewa gerai di pusat penjaja makanan dan pasar yang dimiliki pemerintah kini layak menikmati lagi dua bulan kelepasan sewa gerai menjadikan kesemuanya lima bulan. - Foto AFP -
BANTUAN tambahan $33 bilion yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat kelmarin untuk menyelamatkan pekerjaan dan membangkitkan semula ekonomi dalam pandemik Covid-19 amat dialu-alukan pertubuhan dan syarikat setempat.
Belanjawan Kecekalan, yang juga merupakan pakej sokongan keempat Singapura, dalam masa kurang empat bulan, telah memperuntukkan $2.9 bilion bagi melindungi pekerjaan dan membayar bersama gaji pekerja demi membantu firma mengekalkan pekerjaan.

