Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pertumbuhan sektor teknologi mendalam jana peluang kerja menarik buat warga S'pura: Iswaran

Sep 12, 2020 | 5:46 PM
MASA DEPAN CERAH: Sektor teknologi mendalam atau 'deep tech' kian membangun pesat meskipun dalam pandemik Covid-19 dan menjana peluang pekerjaan dalam bidang seperti kecerdasan buatan. - Foto HIASAN FAIL
MASA DEPAN CERAH: Sektor teknologi mendalam atau 'deep tech' kian membangun pesat meskipun dalam pandemik Covid-19 dan menjana peluang pekerjaan dalam bidang seperti kecerdasan buatan. - Foto HIASAN FAIL -

POTENSI pertumbuhan besar sektor teknologi mendalam atau 'deep tech' di sebalik penularan wabak Covid-19 menjana peluang kerjaya yang menarik buat penduduk Singapura.

Menjelaskan demikian dalam satu acara paparan bakat maya anjuran pertubuhan swasta milik pemerintah, SGInnovate, pada Sabtu (12 September), Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S. Iswaran berkata:

"Sedang Covid-19 telah membawa kesan yang tidak dapat dikikis pada ekonomi dan masyarakat, ia juga telah mempertingkat usaha mempercepatkan inovasi bagi menangani cabaran segera dalam bidang seperti jagaan kesihatan dan komunikasi...

"Di sebalik situasi ekonomi kita kini, teknologi mendalam kekal sebagai sesuatu yang membawa manfaat di sebalik segalanya dengan masa depan yang cerah."

Teknologi mendalam meliputi kecemerlangan saintifik atau kemajuan khusus yang jika dimanfaatkan mempunyai implikasi jangka panjang merentasi sektor dan berpotensi mengubah kehidupan menjadi lebih baik lagi.

Antara contoh teknologi mendalam ini adalah kecerdasan buatan (AI), Internet Benda dan pengkomputeran kuantum.

Encik Iswaran berucap secara maya dalam acara yang menghimpunkan lebih 1,100 lulusan baru, pelajar, karyawan dan wakil syarikat yang baru dibangunkan.

Selain perbincangan panel, bengkel dan reruai pekerjaan disediakan bagi meneroka peluang dalam sektor teknologi mendalam ini.

Mengulas tentang lebih 200 peluang menjadi perantis dan menjawat tugas sepenuh masa yang ditawarkan 30 syarikat bagi acara ini, Encik Iswaran berkata:

"Ini adalah bukti daya tahan sektor ini (teknologi mendalam) dalam pasaran kerja yang sebaliknya mencabar.

"Dalam tempoh jangka masa panjang, teknologi mendalam akan menjadi jentera memperkasa pertumbuhan industri akan datang."

Sebagai contoh, Encik Iswaran berkata AI mempunyai potensi membangun vaksin dalam satu catatan masa rekod sedang teknologi kuantum mungkin secara eksponen mempercepat masa komputasi dan memperkukuh kaedah kriptografi dalam keselamatan siber.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg