Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Pertunjukan Udara S’pura kembali Feb ini

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Pertunjukan Udara S’pura kembali Feb ini

Dec 28, 2023 | 06:56 PM



Orang ramai sekali lagi berpeluang menghadiri Pertunjukan Udara Singapura (Singapore Airshow) untuk melihat aksi memukau dan mendebarkan oleh pasukan Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) dan pasukan udara luar negara.


Di samping itu, mereka juga boleh melihat-lihat dari dekat pameran pelbagai pesawat yang mengagumkan.

Ini selepas pertunjukan udara itu terhenti akibat pandemik Covid-19.

Pameran aeroangkasa dan pertahanan dwitahunan edisi ke-9 itu akan berlangsung dari 20 hingga 25 Februari 2024.

Tiket yang membolehkan orang ramai memasuki kawasan acara di Pusat Pameran Changi pada 24 dan 25 Februari, akan dijual mulai 2 Januari 2024.

Tiket berharga $34 untuk dewasa dan $17 untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 12 tahun itu boleh digunakan untuk menghadiri acara hujung minggu bergelar Weekend@Airshow itu.


Pakej kumpulan pula berharga $240 merangkumi empat tiket dan satu label tempat letak kereta, lapor The Straits Times (ST).


Penganjur acara itu, Experia Events berkata maklumat lanjut mengenai acara dua hari untuk orang ramai akan dimaklumkan pada tahun baru.

Lebih 60,000 pengunjung awam dijangka menghadiri acara itu.

Sepanjang empat hari pertama pertunjukan udara yang digelar acara penerbangan paling berpengaruh di Asia itu, biasanya dikhaskan untuk pengunjung perdagangan.

Dua hari berikutnya pula biasanya dibuka kepada orang ramai.

Antara yang hadir termasuk delegasi pemerintah dan tentera peringkat tinggi, serta eksekutif tertinggi daripada firma aeroangkasa dan pertahanan dari seluruh dunia.

Bagi acara pameran pada 2020, pihak penganjur terpaksa mengurangkan jumlah tiket yang dijual kepada orang ramai sebagai langkah berjaga-jaga bagi mencegah penularan virus Covid-19 yang baru muncul ketika itu.

Lebih 20,000 pengunjung awam menghadiri acara itu pada tahun itu, kira-kira satu pertiga daripada 70,000 pengunjung awam pada 2018.

Pada 2022, pertunjukan udara itu dikurangkan lagi, dan acara untuk orang ramai pula dibatalkan di tengah-tengah sekatan pandemik Covid-19.

Bagi peserta perdagangan, acara pada 2024 kelak menjanjikan pertunjukan yang kembali sepenuhnya, dengan lebih 1,000 syarikat daripada lebih 50 negara dijangka mengambil bahagian.

Menurut senarai peserta pameran di laman sesawang milik penganjur pertunjukan udara itu, lebih 390 syarikat bakal menyertai acara itu setakat 8 Disember, termasuk syarikat pengeluar pesawat Airbus dan Boeing, yang berpengaruh.

Tema utama bagi pertunjukan udara 2024 dijangka berkisar kepada kemampanan alam sekitar.

Satu forum bagi mengurangkan pelepasan karbon dalam sektor penerbangan akan turut diadakan dengan kerjasama firma runding cara McKinsey.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >