Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pertunjukkan bunga api di 11 estet perumahan untuk sambut Tahun Baru

Dec 23, 2020 | 8:29 PM
Acara sambutan Tahun Baru di Marina Bay tahun ini tidak akan mengadakan pertunjukkan Bunga Api. -
Acara sambutan Tahun Baru di Marina Bay tahun ini tidak akan mengadakan pertunjukkan Bunga Api. - - FOTO: Fail

MESKIPUN pertunjukkan bunga api tidak akan diadakan di acara sambutan Tahun Baru di Marina Bay tahun ini, penduduk setempat masih boleh menikati pertunjukan bunga api di 11 estet perumahan di serata Singapura.

Pertunjukkan bunga api serentak itu adalah sebahagian daripada acara hujung tahun yang dianjur Persatuan Rakyat (PA).

Ia akan diadakan di estet perumahan HDB seperti Bedok, Tampines, Bishan serta Yew Tee, dan disiarkan secara langsung di Facebook kawasan undi berkenaan.

Dalam satu kenyataan pada Rabu (23 Dis), PA berkata program maya itu diharap dapat menyemarak semangat perayaan hujung tahun dalam kalangan keluarga dengan cara yang selamat dan membolehkan semua orang menikmati program-program itu dari rumah.

"2020 akan berakhir dan kita akan memasuki fasa ketiga pembukaan semula, kita perlu tetap berwaspada terutamanya semasa tempoh perayaan ini," kata PA

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg