Topik diikuti
Pergi ke BHkuPerubahan GST: Maklum balas diminta
Perubahan GST: Maklum balas diminta
Perubahan GST: Maklum balas diminta
KEMENTERIAN Kewangan (MOF) sedang dalam proses untuk membentangkan usulan pindaan perundangan bagi Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Justeru mereka yang berminat untuk memberikan maklum balas mengenai pindaan tersebut boleh berbuat demikian dari sekarang hingga 4 Julai.
Draf Rang Undang-Undang (Pindaan) GST akan mengusulkan lima pindaan kepada Akta GST.
Dua perubahan pertama telahpun diumumkan semasa kenyataan Belanjawan tahun ini.
Pindaan pertama yang diusulkan melibatkan perubahan kepada kadar GST daripada 7 peratus kepada 8 peratus mulai 1 Januari 2023, dan daripada 8 peratus kepada 9 peratus mulai 1 Januari 2024.
Pindaan kedua ialah untuk memastikan adanya ketekalan terhadap pendekatan GST bagi khidmat menguruskan perjalanan yang ditawarkan oleh penyedia tempatan dan luar negara.
Baki tiga lagi pindaan yang diusulkan melibatkan perkara untuk memperbaiki pentadbiran GST dan kejelasan perundangan sedia ada.
Ini merupakan sebahagian daripada semakan secara berkala terhadap sistem GST Singapura.
Orang ramai boleh menawarkan maklum balas terhadap pindaan yang diusulkan itu.
Mereka juga boleh mengakses dokumen konsultasi awam termasuk draf Rang UndangUndang (Pindaan) GST 2022 di laman MOF (www.mof.gov.sg) dan portal konsultasi REACH (www.reach.gov.sg).
