Sekilas usaha MND tingkat sekitaran sokong niaga
Aug 10, 2025 | 6:00 PM

Menteri Pembangunan Negara, Encik Chee Hong Tat, membentangkan perkembangan dan daya usaha baru dalam sidang media, pada 5 Ogos. - Foto ST
Pengendali tempat makan tidak lagi perlu minta kebenaran Majlis Bandaran bagi persiap Kawasan Jamuan Di Luar Bangunan
- HDB akan dapatkan persetujuan Majlis Bandaran sebelum memberi pengesahan kepada pemilik hartanah
- Ini mengurangkan masa yang diambil untuk kelulusan dari 42 hari kepada tidak lebih 30 hari
Perkemas proses dengan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) bagi ubah penggunaan ruang komersial
- Buat masa ini, perniagaan perlu dapat kebenaran URA untuk ubah penggunaan dalam ruang komersial di Taman Perniagaan JTC dan Balai Rakyat yang diurus Persatuan Rakyat (PA)
- Proses mengambil masa sekitar dua minggu dengan bayaran $500
- MND sedang memperkemas proses itu agar kebenaran URA tidak lagi perlu bagi permintaan ini. Peniaga hanya perlu dapatkan kebenaran pemilik hartanah masing-masing dan memenuhi keperluan pihak berkuasa relevan.