Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pesakit cacar monyet stabil diletak di kemudahan pengasingan khusus: MOH

Aug 3, 2022 | 5:30 AM
SEMAKIN PULIH: 3WO Jeffrey Heng kelihatan sedang tersenyum sambil berehat di katil hospital. FACEBOOK NG ENG HEN
SEMAKIN PULIH: 3WO Jeffrey Heng kelihatan sedang tersenyum sambil berehat di katil hospital. FACEBOOK NG ENG HEN -

SEMUA pesakit cacar monyet yang stabil secara klinikal telah dipindahkan ke kemudahan pengasingan khusus bagi penyakit itu mulai kelmarin.

Tempoh kuarantin bagi kontak rapat pesakit kini dikurangkan kepada 14 hari, diikuti tujuh hari pemantauan simptom, yang akan dilakukan melalui telefon. Sebelum ini, tempoh kuarantin ialah sehingga 21 hari.

Dalam satu kenyataan lewat kelmarin, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata langkah kesihatan awam yang dikemas kini itu selaras dengan data tempatan dan antarabangsa, termasuk daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Hospital awam akan menilai apakah ada kes cacar monyet itu stabil secara klinikal. Mereka yang dianggap stabil akan dihantar ke kemudahan pengasingan dengan sokongan teleperubatan sepanjang masa.

Pesakit akan dibolehkan pulih di kemudahan pengasingan cacar monyet hingga mereka tidak berjangkit dan layak dikeluarkan, kata MOH.

Menuru kementerian itu, cacar monyet lazimnya adalah penyakit ringan dan boleh sembuh sendiri, dengan majoriti pesakit pulih dalam dua hingga empat minggu tanpa perlu masuk ke hospital.

Mereka yang terdedah kepada komplikasi adalah kanak-kanak kecil, wanita hamil dan individu lemah imunisasi.

Sebelum ini, semua kes cacar monyet yang disahkan diasingkan di hospital hingga mereka tidak berjangkit.

Bagaimanapun, MOH berkata Jumaat lalu bahawa lapan kes dihantar ke kemudahan pengasingan sebagai sebahagian langkah ujian bagi mengalihkan kes cacar monyet untuk pulih dalam masyarakat.

Para pesakit itu kini berada dalam keadaan stabil dengan simptom ringan.

Sementara itu, pesakit yang dinilai oleh hospital awam sebagai mempunyai risiko komplikasi lebih tinggi akan terus diurus di hospital.

"Ini membolehkan hospital mengekalkan kapasiti mereka bagi kes yang mempunyai simptom atau komplikasi lebih teruk," kata MOH.

Bagi langkah memendekkan tempoh kuarantin, MOH berkata penularan cacar monyet memerlukan sentuhan fizikal atau berpanjangan, termasuk sentuhan bersemuka dan kulit ke kulit seperti hubungan seksual, jadi "risiko kepada orang awam kekal rendah".

Bukti juga menunjukkan tempoh inkubasi ialah purata lapan hingga sembilan hari, dengan kebanyakan kontak rapat mengalami simptom menjelang hari ke-14 daripada pendedahan terakhir kepada kes yang disahkan.

"MOH akan terus memantau situasi cacar monyet dengan teliti dan menilai tahap persediaan dan langkah tindak balas yang diperlukan,'' ujar kenyataan kementerian itu.

Orang ramai digalak melaksana tanggungjawab peribadi dengan memantau kesihatan diri, menjaga kebersihan dan mengelakkan aktiviti seksual berisiko tinggi.

Mereka juga harus menjauhi individu yang diketahui atau disyaki menghidap cacar monyet.

Hingga Ahad lalu, terdapat 11 kes cacar monyet di Singapura, dengan 45 kontak rapat dikenal pasti, kata Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Janil Puthucheary, di Parlimen kelmarin.

Beberapa simptom yang dikaitkan dengan virus cacar monyet termasuk demam, sakit kepala, sakit otot, bengkak, menggigil, lesu dan ruam kulit.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg