Premium
Pesakit Covid-19 kunjungi Masjid Al-Ansar
Pesakit solat maghrib, isyak 26 Jun-2 Julai; masjid jalani pembersihan, dibuka semula semalam
Jul 10, 2020 | 5:30 AM
PANTAU KESIHATAN: Muis menasihatkan orang ramai yang telah ke Masjid Al-Ansar antara 26 Jun dengan 2 Julai lalu untuk memantau dengan dekat kesihatan mereka selama 14 hari dari tarikh mereka ke masjid. - Foto fail -
SEORANG individu yang disahkan positif Covid-19 telah ke Masjid Al-Ansar di Bedok bagi solat maghrib dan isyak antara 26 Jun dengan 2 Julai lalu.
Sebagai langkah berjaga-jaga, masjid itu telah ditutup dari lewat petang 7 Julai dan 8 Julai bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan pembasmi kuman secara menyeluruh.

