Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pesakit Covid-19 simptom ringan boleh jalani ART di pusat ujian pantas

Feb 16, 2022 | 5:30 AM
PUSAT UJIAN PANTAS: Encik Ong berkata ini akan bantu kurangkan tekanan di klinik doktor perubatan umum (GP) yang kini dibanjiri pesakit Covid-19. - Foto-foto fail
PUSAT UJIAN PANTAS: Encik Ong berkata ini akan bantu kurangkan tekanan di klinik doktor perubatan umum (GP) yang kini dibanjiri pesakit Covid-19. - Foto-foto fail -

PESAKIT Covid-19 yang mempunyai simptom ringan boleh pergi ke pusat ujian pantas untuk menjalani ujian pantas antigen (ART) yang diselia dengan keputusan ujian dapat didaftarkan dalam rekod HealthHub mereka.

Ini diumumkan Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, yang turut menarik perhatian bahawa sesetengah orang memilih untuk berjumpa doktor kerana mereka mahu keputusan ujian Covid-19 mereka dimasukkan ke dalam rekod perubatan mereka.

Langkah membenarkan pusat tersebut menjalankan ujian itu akan membantu mengurangkan tekanan di klinik doktor perubatan umum (GP) yang kini dibanjiri pesakit Covid-19, katanya.

Dalam kenyataannya semalam, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata orang ramai boleh menjalani ujian ART yang diselia di Pusat Ujian Digabungkan (CTC) atau Pusat Ujian Pantas (QTC).

Ini akan dimulakan di 48 pusat, dan ditingkatkan kepada 205 pusat menjelang hujung minggu ini.

Ujian ART itu akan dikemas kini di rekod MOH dan ditunjukkan dalam HealthHub dalam masa 30 minit.

CTC dan QTC ini tidak akan mengeluarkan notis pemulihan atau sijil perubatan kerana ini tidak diperlukan oleh pekerja dan pelajar untuk kembali ke tempat kerja atau seolah, kata MOH.

Orang ramai boleh mendaftar ujian ART diselia itu di laman https://go.gov.sg/community-ART-test.

Singapura sedang menghadapi gelombang Omicron dengan kira-kira 10,000 kes setiap hari, dan ini boleh meningkat lagi kepada 15,000 hingga 20,000 kes sehari, kata Encik Ong.

Encik Yip Hon Weng (Yio Chu Kang) telah bertanya mengenai bagaimana sistem penjagaan kesihatan sedang mengatasi gelombang Omicron.

Encik Ong berkata kebanyakan orang yang dijangkiti Covid-19 hari ini mempunyai simptom ringan.

Buat masa ini, terdapat sekitar 20 hingga 30 pesakit di unit jagaan rapi (ICU), berbanding 171 pesakit di ICU semasa kemuncak gelombang varian Delta tahun lalu.

"Kita menghadapi tekanan sekarang bukan di bahagian klinikal penjagaan kesihatan tetapi di bahagian operasi penjagaan kesihatan kerana bilangan panggilan daripada pesakit kepada talian hotline semakin meningkat," kata Encik Ong.

MOH boleh menjawab lebih 90 peratus panggilan orang ramai, dengan bantuan agensi pemerintah termasuk Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), tambahnya.

Tetapi GP kini menghadapi tekanan sedang ramai pergi ke klinik mereka, kata Encik Ong.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg