Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pesakit Covid-19 tertua di S'pura dibenarkan pulang dari hospital

May 1, 2020 | 8:29 PM
Cik Yap Lay Hong merupakan pesakit Covid-19 tertua Singapura yang telah pulih dan dibenarkan keluar hospital.
Cik Yap Lay Hong merupakan pesakit Covid-19 tertua Singapura yang telah pulih dan dibenarkan keluar hospital. - FOTO IHSAN ALAN HO

PESAKIT Covid-19 tertua Singapura, Cik Yap Lay Hong, 102 tahun, telah dibenarkan keluar hospital hari ini (1 Mei).

Cik Yap, yang dirawat di Hospital Tan Tock Seng, merupakan antara 16 penghuni dan kakitangan rumah tumpangan warga emas Lee Ah Mooi Old Age Home yang dijangkiti koronavirus itu

Menerusi laman Facebook mereka semalam, Lee Ah Mooi Old Age Home berkata:

"Hari ini merupakan hari yang gembira sedang kami menyambut kepulangan penghuni kami yang telah berjaya mengatasi virus Covid-19 itu.

"Mereka dibenarkan pulang dari hospital dan kini berehat di rumah tumpangan kami."

Cik Yap, yang lahir di tengah-tengah pandemik Spanish Flu pada 1918, merupakan antara segelintir warga emas berusia lebih 100 tahun di seluruh dunia yang dijangkiti Covid-19.

Orang tertua yang berjaya mengatasi virus itu merupakan seorang wanita Belanda, Cik Cornelia Ras, yang berusia 107 tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg