Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pesakit yang beli insurans tambahan bagi Pelan Perlindungan Bersepadu perlu bayar 5% bil hospital

Mar 7, 2018 | 8:07 PM
PERUBAHAN PADA INSURANS TAMBAHAN: Orang ramai yang ingin beli insurans tambahan bagi mendapatkan manfaat tambahan perlu membayar sekurang-kurangnya 5 peratus daripada bil hospital mereka.
PERUBAHAN PADA INSURANS TAMBAHAN: Orang ramai yang ingin beli insurans tambahan bagi mendapatkan manfaat tambahan perlu membayar sekurang-kurangnya 5 peratus daripada bil hospital mereka. - Foto FAIL THE STRAITS TIMES

ORANG ramai tidak lagi boleh membeli insurans tambahan bagi mendapatkan manfaat tambahan (rider) untuk membayar seluruh bil hospital mereka kerana pemerintah.

Mereka yang membeli insurans tambahan baru itu perlu membayar sekurang-kurangnya 5 peratus daripada bil hospital mereka.

Namun, jumlah yang perlu dibayar pemegang polisi itu akan dihadkan pada $3,000, atau lebih, setahun.

Ini bagi memberi orang ramai ketenangan minda bahawa mereka tidak perlu mengeluarkan terlalu banyak wang, walau apa pun jumlah bil hospital mereka.

Langkah itu diumumkan di Parlimen hari ini (7 Mac).

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan (MOH) tidak mengumumkan sebarang perubahan bagi sekitar 1.1 juta orang yang telah pun memiliki insurans tambahan bagi Pelan Perlindungan Bersepadu (ISP) mereka, menurut akhbar The Straits Times.

Dengan insurans tambahan itu, mereka antara lain langsung tidak perlu membayar apa-apa untuk bil hospital mereka.

MOH memberi syarikat insurans sehingga 1 April 2019 untuk menghasilkan insurans tambahan baru dengan elemen pembayaran bersama dan had bayaran itu.

Sementara itu, bagi mengelak orang ramai daripada terburu-buru membeli insurans tambahan penuh, sesiapa yang membeli insurans tambahan mulai esok harus menukar ke skim yang baru selewat-lewatnya 1 April 2021.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg