Pesakit yang sembuh Covid-19 boleh alami pembekuan darah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pesakit yang sembuh Covid-19 boleh alami pembekuan darah

Apr 14, 2021 | 5:30 AM

Pesakit yang sembuh Covid-19 boleh alami pembekuan darah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
ANALISIS DATA: Penolong Penyelidik Cik Florence Chioh (kiri) dan Penolong Profesor Cik Christine Cheung menganalisis data sampel darah oleh 30 pesakit yang telah pulih daripada jangkitan Covid-19 selama sebulan. - Foto NTU
ANALISIS DATA: Penolong Penyelidik Cik Florence Chioh (kiri) dan Penolong Profesor Cik Christine Cheung menganalisis data sampel darah oleh 30 pesakit yang telah pulih daripada jangkitan Covid-19 selama sebulan. - Foto NTU -

PESAKIT Covid-19 yang telah pulih mungkin menanggung risiko mengalami darah beku kerana respons keimunan yang terlalu aktif dan berlarutan, mengikut kajian yang diterajui pasukan saintis dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Risiko ini lebih ketara bagi mereka yang mempunyai penyakit pernafasan atau kardiovaskular.

Kajian itu menyiasat kaitan antara Covid-19 dengan risiko bertambah pembentukan gumpalan darah kata NTU dalam kenyataannya semalam.

Antara lain, kajian itu bertujuan menambah pengetahuan mengenai kesan jangka pertengahan dan jangka panjang jangkitan Covid-19.

Penolong Profesor di NTU Christine Cheung yang menerajui kajian itu berkata: "Kami mula menerima berita daripada klinik mengenai pesakit yang kembali mendapat rawatan bagi isu gumpalan darah selepas mereka dibenarkan pulang dan pulih daripada virus.

"Ini menyokong usulan memantau secara rapi pesakit yang pulih daripada Covid-19, terutama mereka yang berpenyakit pernafasan, darah tinggi dan diabetes, yang mempunyai saluran darah lebih lemah.

Pasukan dari NTU itu telah mengumpul dan menganalisis sampel darah daripada 30 pesakit Covid-19 selepas pulih selama sebulan.

Penyelidik menemui tanda kerosakan saluran darah pada kesemua 30 pesakit, dan hasil kajian mereka itu diterbitkan dalam jurnal eLife pada bulan lalu.

"Dalam beberapa kes, pesakit akan menghadapi risiko serangan jantung, strok atau kegagalan organ yang lebih tinggi jika gumpalan darah itu menyumbat arteri utama ke organ vital," tambah NTU.

Menjelaskan bagaimana kerosakan saluran darah dapat menyebabkan pembentukan gumpalan darah, penolong penyelidik di NTU Florence Chioh berkata: "Walaupun Covid-19 merupakan jangkitan pernafasan, virus itu juga dapat menyerang lapisan saluran darah, menyebabkan keradangan dan kerosakan.

Pasukan itu kini membuat kajian akan kesan jangka panjang Covid-19 terhadap pesakit yang telah pulih dari jangkitan itu sekurang-kurangnya enam bulan atau lebih, ujar NTU.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg