Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pesalah berulang didenda $16 juta, penjara 39 bulan kerana seludup rokok

Jul 2, 2021 | 5:30 AM
4d811e9f-1575-49ad-97a0-09893b9a0312
-

SEORANG lelaki yang berulang kali menyeludup rokok yang tidak dibayar cukai dipenjara 39 bulan dan didenda $16 juta. Dia juga dipenjara tambahan 25 bulan dan satu hari kerana tidak membayar denda itu.

Warga Singapura Loh Hu Seong, 58 tahun, didapati berkomplot dengan seorang lelaki warga Malaysia pada 2018 untuk menyeludup rokok tidak dibayar cukai ke Singapura dengan upah $1,000 hingga $2,000 bagi setiap penghantaran.

Dia dikatakan mencari gedung di sini untuk menjalankan operasi itu, kata Kastam Singapura semalam.

Tertuduh dan lelaki Malaysia itu juga mencari mesin pengorek di Singapura untuk menyembunyikan rokok-rokok itu di unit perindustrian di Tuas South Street 1, yang disewa Loh untuk memisahkan bahagian mesin pengorek tersebut dan mengambil rokok-rokok itu, lapor The Straits Times.

Pada November tahun itu, Kastam Singapura telah merampas 5,428 karton dan 25 paket rokok tidak dibayar cukai dalam satu serbuan di unit itu, dengan sebahagian besar rokok tersembunyi di bahagian penggali mesin pengorek itu.

Jumlah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang tidak dibayar berjumlah sehingga $552,410.

Lima orang ditangkap manakala Kastam Singapura juga sedang menyiasat lelaki warga Malaysia terbabit.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg