Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pesalah degil dan berulang dihukum penjara

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesalah degil dan berulang dihukum penjara

Apr 17, 2024 | 04:58 PM



Dalam tempoh lima bulan pada 2023, seorang lelaki berbuat kecoh di khalayak ramai, mencuri dari gerai kereta sorong dan bergaduh.

Muhammad Hafeez Ayub, 30 tahun, dijatuhi hukuman penjara enam minggu dan denda $2,800 pada 16 April, selepas mengaku bersalah atas tuduhan mencetuskan gangguan awam, mencuri dan bergaduh.

Tiga tuduhan lain, yang tidak disebut, turut diambil dalam pertimbangan.

Hafeez, yang tidak mempunyai peguam, memberitahu mahkamah dia hanya ada 71 sen dan tidak boleh membayar denda.

Dia akan menjalani hukuman penjara tambahan tiga minggu jika gagal membayar denda.

Pesalah berulang itu telah dihukum penjara empat minggu kerana mencuri pada 2021.

Pada 2021 juga, dia didenda $400 kerana membuat kacau dan mengganggu ketenteraman awam.

Hakim Daerah Hairul Hakkim Kuthibutheen memberi amaran kepada Hafeez hukumannya akan bertambah jika dia terus melanggar undang-undang.

“Atas kesalahan mencuri di tempat kediaman, anda dikenakan hukuman empat minggu atas kesalahan terakhir anda itu.

“Kali ini, enam minggu, dan sabitan lanjut akan terus mendapat hukuman lebih berat,” kata hakim.

Hafeez berjanji akan mendapatkan pekerjaan sepenuh masa dan menjauhi masalah.

Mahkamah diberitahu bahawa Hafeez berada di Far East Plaza pada 7.25 pagi pada 22 Julai 2023, apabila dia melihat sebuah kiosk jualan sorong.

Dia membuka penutup kanvas dan mengambil tujuh fon telinga dan jam tangan pintar, kesemuanya bernilai $238.20.

Pemiliknya membuat laporan polis selepas menyedari seseorang telah memecah kereta sorongnya dan mencuri beberapa barang.

Pada 2 Ogos 2023, seorang saksi membuat laporan polis mengenai Hafeez kerana bertengkar berhampiran stesen MRT Stadium.

Ini berlaku selepas pasukan Liverpool menewaskan Bayern Munich dalam perlawanan di Stadium Negara yang berakhir pada 9.35 malam.

Dalam satu lagi kes pada 22 Disember 2023, seorang pengawal keselamatan di bangunan 313@Somerset memaklumkan kepada polis setelah melihat Hafeez bergaduh dengan lelaki lain hampir tengah malam.

Pergaduhan itu dirakam di kamera litar tertutup pusat beli-belah itu. Dokumen mahkamah tidak mendedahkan mengapa mereka bergaduh.

Hafeez ditangkap pada hari berikutnya dan dibebaskan dengan ikat jamin sehari kemudian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >