Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pesalah jenayah seksual, keganasan serius boleh ditahan lebih lama

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesalah jenayah seksual, keganasan serius boleh ditahan lebih lama

Pindaan ‘Hukuman untuk Perlindungan Awam Dipertingkat’ bertujuan tingkat keselamatan orang awam
Jan 10, 2024 | 05:38 PM



Hukuman baru di mana pesalah jenayah seksual atau keganasan serius boleh ditahan lebih lama bakal dilaksanakan demi menjamin keselamatan orang awam.

Diberi nama ‘Hukuman untuk Perlindungan Awam Dipertingkat’ (SEPP), ia telah dibentangkan Kementerian Undang-Undang (MinLaw) dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) bagi bacaan pertama Rang Undang-Undang Prosedur Jenayah (Pindaan Pelbagai) 2024 di Parlimen pada 10 Januari.

SEPP terhad kepada mereka yang melakukan kesalahan ganas yang serius seperti pembunuhan dan cubaan membunuh, serta kesalahan seksual yang serius seperti rogol dan melakukan seks dengan kanak-kanak bawah umur.

Ia memastikan pesalah sedemikian dapat ditahan bagi tempoh yang diperlukan demi keselamatan awam dan mereka tidak dibebaskan secara automatik setelah menjalani hukuman penjara terutama jika mereka masih menunjukkan tanda-tanda akan mengulangi kesalahan tersebut lagi.

Jika dijatuhkan hukuman di bawah SEPP, pesalah boleh ditahan antara lima dengan 20 tahun dan tidak akan mendapat pengampunan ke atas hukuman mereka.

Mereka hanya boleh dibebaskan jika dinilai Menteri Ehwal Dalam Negeri sebagai tidak lagi menimbulkan ancaman kepada orang awam.

Jika didapati tidak sesuai untuk dibebaskan, pesalah itu boleh dipenjara seumur hidup. Namun, akan ada semakan tahunan kes sedemikian untuk menilai sama ada dia sesuai dibebaskan.

Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, semasa mengulas tentang keperluan hukuman sedemikian dalam taklimat kepada media berkata:

“Di Singapura, apa yang kita lihat ialah orang yang memangsakan gadis muda – tidak semestinya dirogol. Mereka keluar dan kemudian mereka melakukannya lagi.

“Jadi kami akan memperkenalkan sejenis hukuman di mana mahkamah akan mengenakan hukuman minimum... tetapi pada penghujung tempoh itu, sama ada dia keluar, bergantung kepada penilaian pada masa itu.

“Akan ada penilaian yang sewajarnya... adakah dia sihat dari segi mental dan psikologi untuk dibebaskan, atau adakah dia akan terus menjadi ancaman kepada masyarakat? Jika dia terus menjadi ancaman kepada masyarakat, dia boleh ditahan.”

Selain SEPP, pindaan utama yang dicadangkan termasuk mengemas kini dan meningkatkan kuasa polis dan agensi penguatkuasaan undang-undang (LEA) lain serta mewujudkan rangka kerja perundangan baru mengenai pemeriksaan perubatan forensik (FME).

Menurut kenyataan MinLaw dan MHA, pindaan tersebut bertujuan melindungi orang awam dengan mengukuhkan tunjang untuk menangani jenayah termasuk bagi jenayah seksual serius, serta meningkatkan ketelusan, keadilan dan keselarasan dalam proses mahkamah jenayah.

Rang undang-undang itu bertujuan mengemas kini dan meningkatkan kuasa polis dan LEA lain termasuk kuasa menangkap, menggeledah dan menyiasat mereka.

Ini akan melengkapi LEA dengan lebih baik untuk memerangi jenayah dan menghasilkan kecekapan operasi yang lebih baik.


Misalnya, pindaan yang dicadangkan membolehkan polis melakukan penggeledahan tanpa waran apabila mereka mempunyai sebab untuk percaya bahawa bukti yang berkaitan adalah dalam milik atau kuasa suspek.

Jika diluluskan, polis juga akan diperkasa untuk memeriksa orang yang ditangkap di tempat tangkapan dan mengambil barang berbahaya yang dimiliki suspek, seperti pisau cukur dan jarum.


Pindaan itu juga akan memperluaskan kuasa LEA bukan polis seperti Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Biro Narkotik Pusat (CNB) untuk menangani perkara yang timbul daripada kesalahan di bawah bidang kuasa mereka.

Ini membolehkan LEA yang lebih terbiasa dan tahu butiran kes untuk menjalankan tangkapan atau penyiasatan yang diperlukan.


Selain itu, rangka kerja baru berkaitan FME yang dicadangkan akan memberi polis kuasa untuk menghendaki tertuduh menjalani FME di mana ia berkaitan dengan penyiasatan kesalahan yang disyaki.

Untuk memastikan tertuduh mematuhi penyiasatan, adalah satu kesalahan jika tertuduh yang dikehendaki menjalani FME enggan berbuat demikian tanpa alasan yang munasabah.

Pindaan rang undang-undang tersebut akan dibahaskan kelak.

Selain pindaan rang undang-undang tersebut, isu lain yang dibangkitkan di Parlimen pada 10 Januari termasuk mewujudkan sistem lebih mantap bagi menangani keganasan keluarga dan perlindungan lebih kukuh terhadap penipuan.

Anggota Parlimen juga membahaskan usulan ‘Membina Masyarakat Digital yang Inklusif dan Selamat’ yang berakhir dengan Dewan meluluskan usulan tersebut.

Usulan Rang Undang-undang Prosedur Jenayah (Pindaan Pelbagai) 2024

  • Tingkat kuasa polis, agensi penguatkuasaan undang-undang (LEA) lain
  • Rangka kerja perundangan baru mengenai pemeriksaan perubatan forensik (FME)
  • Pengenalan Hukuman untuk Perlindungan Awam Dipertingkat (SEPP)
  • Tingkat ketelusan, keadilan dan keselarasan dalam proses mahkamah jenayah



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >