Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pesalah rompakan, salah guna dadah, larikan diri dari mahkamah

Sep 18, 2019 | 3:00 PM
LESAP DARI MAHKAMAH: Visvananthan Vadivelu, yang menghadapi tuduhan merompak, mengambil serta memiliki dadah, melarikan diri dari mahkamah pada Selasa. Waran penangkapan telah dikeluarkan ke atasnya. -Foto TNP.
LESAP DARI MAHKAMAH: Visvananthan Vadivelu, yang menghadapi tuduhan merompak, mengambil serta memiliki dadah, melarikan diri dari mahkamah pada Selasa. Waran penangkapan telah dikeluarkan ke atasnya. -Foto TNP. -

WARAN penangkapan telah dikeluarkan ke atas lelaki yang didapati bersalah merompak dengan menggunakan senjata stesen minyak Shell di Upper Bukit Timah Road pada Julai 2017.

Semasa rompakan itu, Visvananthan Vadivelu, 50 tahun menunggu sehingga tiada sesiapa di stesen minyak itu sebelum mendekati juruwang, mengacukan pisau kepadanya dan melarikan diri dengan sekitar $1,100 wang tunai.

Dia turut didapati bersalah pada Ogos atas kesalahan mengambil dan memiliki dadah.

Dibebaskan dengan jaminan $70,000, Visvananthan hadir di mahkamah pada Selasa (17 September), dengan aduan agar kesemua tuduhan ke atasnya ditarik balik.

Namun, apabila peguamnya, Encik A. Revi Shanker, yang dipecat olehnya pada Isnin, juga hadir di mahkamah, Visvananthan menghilangkan diri.

Jika didapati bersalah atas kesalahan merompak dengan senjata, Visvananthan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan disebat paling sedikit 12 kali.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg