Premium
Pesan doktor: Usah leka, kekal berjaga-jaga
Apr 11, 2020 | 5:30 AM
TANGGUNGJAWAB BESAR: Dr Ubaidullah yang memikul tanggungjawab berat dalam usaha memerangi Covid-19 berharap setiap orang akan memainkan peranan untuk sama-sama mengatasi koronavirus itu. - Foto HOSPITAL BESAR SENGKANG -
BELIAU rindu memeluk tiga anaknya sejurus melangkah masuk ke rumah selepas penat seharian bekerja di hospital.
Ini kerana kini Dr Ubaidullah Shaik Dawood akan terus mandi setelah pulang dari tempat kerjanya di Hospital Besar Sengkang (SKH) sebelum dapat menatap wajah tiga buah hatinya yang berumur antara lima dengan sembilan tahun itu.

