Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pesanan naik: Firma hantar makan cuba tarik pekerja

Larangan makan luar dorong warga guna khidmat hantar makanan
May 21, 2021 | 5:30 AM
b7633280-3188-413b-b0d0-a752640633d1
-

WADAH penghantaran makanan menjangkakan permintaan akan melonjak sekurang-kurangnya sebanyak 50 peratus dalam masa beberapa minggu ini, sedang lebih ramai orang makan di rumah ekoran langkah Covid-19 diperketatkan.

Malah, ada wadah seperti GrabFood sudah menyaksikan tempahan yang meningkat dalam masa beberapa hari lalu.

Bagi menangani kenaikan ini, beberapa wadah penghantaran telahpun mengambil langkah untuk menambah tenaga kerja dan memperkukuhkan sistem dalam talian mereka.

Pengasas bersama aplikasi penghantaran Hungryy, Encik Zulkifli Rahmat, meramalkan permintaan tempahan dan penghantaran akan tumbuh sekitar 30 peratus.

"Kini kami menerima banyak sekali kedai makan yang mahu menyertai wadah kami.

"Maka itu, kami telah menambah jumlah penghantar kami dengan mengaktifkan penghantar yang berbasikal agar menangani jumlah tempahan yang meningkat.

"Kami sudah menambah seramai 1,000 penghantar berbasikal, di samping 7,000 penghantar kami yang lain," jelas beliau.

Langkah ini juga diambil oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) wadah Bungkus, Encik Mohamed Azahari Abdul Aziz.

"Kami meramalkan jumlah tempahan akan meningkat sekurang-kurangnya sebanyak 50 peratus semasa tempoh ini sebab orang ramai tidak boleh keluar makan.

"Kami akan menambah sekurang-kurangnya 10 atau lebih pekerja penghantaran kami bagi memastikan dapat menangani peningkatan itu nanti.

"Kami juga telah bekerja rapat dengan peniaga kami untuk menolong mereka dalam mendapatkan tenaga kerja tambahan. Khususnya bagi peniaga lebih popular, kami jangkakan tempahan lebih banyak, maka itu mereka perlu menyiapkan tempahan dengan lebih cepat," terang beliau.

Berkongsi sentimen serupa, wadah Deliveroo yang mempunyai sekitar 9,000 pekerja penghantaran telah mula menambah tenaga penghantarnya bagi memenuhi permintaan pelanggan, kata jurucakapnya, sambil menambah firma itu menerima ratusan permohonan penghantar setiap minggu.

"Syarikat kami memantau rapat jumlah penghantar untuk mengekal bekalan tenaga yang berkurangan atau berlebihan dan melindungi pendapatan mereka serta menyediakan panduan terperinci tentang masa dan tempat terbaik," ujar jurucakap itu.

Sementara itu, syarikat Foodpanda memang menjangkakan lebih ramai akan bergantung kepada khidmat penghantaran bagi sajian makanan harian mereka di samping barangan keperluan lain.

"Sebagai persiapan menangani peningkatan tempahan ini, kami juga menaikkan bayaran khidmat penghantar untuk menggalak dan memberi insentif kepada penghantar supaya menempah syif agar kami dapat menguruskan permintaan penghantaran yang melambung," jelas jurucakapnya yang tidak dapat mendedahkan jumlah penghantar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg