Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pesara derma $3j pada enam badan, termasuk dana wang saku ST

Nov 19, 2022 | 5:30 AM
DORONGAN BUAT YANG LAIN: Encik Loh Kiong Poot (tengah) menyampaikan cek bernilai $500,000 kepada pengerusi Dana Wang Saku Sekolah The Straits Times, Cik Jeanette Lee Su Shyan (kiri), dan pengurus besar dana itu, Cik Tan Bee Heong, di Pusat Berita SPH Media semalam. - Foto BH oleh GAVIN FOO
DORONGAN BUAT YANG LAIN: Encik Loh Kiong Poot (tengah) menyampaikan cek bernilai $500,000 kepada pengerusi Dana Wang Saku Sekolah The Straits Times, Cik Jeanette Lee Su Shyan (kiri), dan pengurus besar dana itu, Cik Tan Bee Heong, di Pusat Berita SPH Media semalam. - Foto BH oleh GAVIN FOO -

BUAT tahun kelima berturut-turut, seorang pesara, Encik Loh Kiong Poot, mendermakan $500,000 kepada Dana Wang Saku Sekolah The Straits Times (STSPMF).

Dengan ini, Encik Loh, 78 tahun, yang sebelum ini seorang peniaga, telah menyumbang sejumlah $2.5 juta kepada dana itu sepanjang lima tahun lalu.

"Apabila anda mempunyai wang berlebihan, mengapa anda ingin terus menyimpannya? Jika anda boleh derma dan bantu orang, derma sahajalah. Itu prinsip saya," kata beliau yang ditukil The Straits Times.

Sumbangan Encik Loh kepada STSPMF adalah antara derma sebanyak $3 juta yang beliau beri kepada enam badan amal, dengan setiap satu menerima $500,000.

Badan amal lain itu ialah Hospital Kwong Wai Shiu, Institusi Perubatan Chung Hwa Singapura, Yayasan Tzu Chi, SG Enable Ltd dan Community Chest.

Beliau memutuskan menambah sumbangan tahunannya kepada $3 juta tahun ini setelah menjual hartatanahnya di Telok Kurau untuk tinggal di sebuah kondominium di Bishan pada Oktober lalu, dan mempunyai wang tambahan untuk didermakan.

"Saya sudah sampai usia tua, duit bagi saya tidak penting, jadi apa-apa kelebihan yang saya ada, saya akan dermakan," kata pesara itu, yang ketiga-tiga anaknya sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Enck Loh berharap perbuatannya dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk turut menderma.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg