Pesara dijatuhi hukuman probesen 21 bulan sebab dera amah
Premium
Pesara dijatuhi hukuman probesen 21 bulan sebab dera amah
Feb 11, 2016 | 5:30 AM
LUM: Mencurah peluntur ke atas amahnya. Dia juga menampar dan menghentak kepala warga Filipina itu di tembok. -
SEORANG pesara telah dijatuhi hukuman probesen yang diawasi selama 21 bulan semalam setelah didapati simptom kemurungan dan skizofrenia yang dihadapinya telah "banyak menyumbang" kepada penderaan terhadap pembantu rumahnya.
Lum Wai Lui, 75 tahun, didapati bersalah atas dua tuduhan mendera pembantu rumahnya Mei lalu.

