Premium
Pesara ingin terus bantu warga emas yang memerlukan
Para penerima Anugerah Palang Merah Singapura telah mendedikasi masa dan usaha membantu golongan kurang bernasib baik dalam masyarakat. BERITA HARIAN membawakan kisah dua penerima anugerah.
Oct 17, 2023 | 5:30 AM
TERIMA ANUGERAH: Encik Mohamad Rozaini Mohamed Jelani, 54 tahun (kiri), menerima Anugerah Kepujian Palang Merah Singapura (SRC) pada 3 Oktober, daripada Encik Tan Kai Hoe, pengerusi SRC. - Foto PALANG MERAH SINGAPURA
Selama hampir empat tahun, Encik Mohamad Rozaini Mohamed Jelani, seorang pesara berusia 54 tahun, telah membantu hampir 200 orang sebagai sukarelawan ‘medical chaperone’, atau pendamping perubatan dengan Palang Merah Singapura (SRC) .
Perjalanan bekas pegawai industri marin itu bukanlah tanpa cabaran, namun ia penuh dengan komitmen terhadap kesejahteraan pesakit dan dedikasi yang kuat untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik.
Laporan berkaitan
Dulu erat dengan arwah nenek, kini selesa dampingi warga emasOct 16, 2023 | 4:38 PM

