SEJAK anak-anaknya kecil lagi, Encik Jumahri Jan, telah menerapkan nilai kejujuran ke dalam anak-anaknya ketika mereka membesar.
Sebagai seorang bapa, Encik Jumahri 76 tahun, sentiasa berusaha memberikan sokongan yang diperlukan agar anak-anaknya berjaya.
Ini termasuk mengambil lesen memandu dan mula bekerja sebagai pemandu teksi sepenuh masa selepas beliau bersara sebagai kakitangan awam demi membiayai kos pengajian anak-anaknya.
Pada Sabtu petang, bapa kepada empat orang anak itu, menerima pengiktirafan Anugerah Qudwah Hasanah (Ayah Contoh Terbaik) oleh Persatuan Ain.
Presiden Halimah Yacob menyampaikan anugerah tersebut kepada Encik Jumahri, dalam satu majlis di Hotel Concorde pada Sabtu petang.
Anugerah itu, yang kesepuluh dan terakhir tahun ini, bertujuan merai bapa teladan dan memberi inspirasi kepada bapa lebih muda.
Encik Jumahri terpilih daripada tiga finalis. Beliau membawa pulang hadiah wang tunai $3,000, manakala dua finalis yang lain menerima wang tunai $300 setiap seorang.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg