Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Pesara kongsi gambar zaman kampung di TikTok, bangkit nostalgia warganet

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pesara kongsi gambar zaman kampung di TikTok, bangkit nostalgia warganet

Dec 11, 2023 | 03:18 PM



Kenangan lama mengusik jiwa.

Daripada tanah lapang dari pusat pulau hingga ke laut, kerja rewang bagi acara pernikahan di kampung kepada bukit bukau tinggi yang menghiasi pemandangan Woodlands.

Gambar-gambar zaman kampung Singapura serta era awal pembangunannya membuat penonton rasa tidak percaya betapa pantasnya pulau ini telah berkembang, lantas membawa kenangan masam manis kepada mereka yang pernah melalui zaman-zaman itu.

Begitulah perasaan pengguna TikTok yang menziarahi akaun milik seorang lelaki Melayu berusia 67 tahun dikenali sebagai KAYABUTTER, yang sedang berusaha mengumpul gambar-gambar lama Singapura.

Dalam akaun yang mempunyai lebih 16,100 pengikut itu, pemilik akaun tersebut, hanya ingin dikenali sebagai Encik Osman, kerap mengongsi gambar-gambar lama daripada album gambar keluarganya serta perkongsian daripada pengguna lain.

Antara gambar menarik beliau telah terbitkan ialah beberapa gambar kerja rewang dalam satu acara pernikahan di Kampung Potong Pasir pada tahun 1980-an.







Gambar-gambar tersebut, selain menunjukkan suasana meriah acara walimah di kampung, juga memberi penonton sedikit sebanyak gambaran gaya hidup dan trend pakaian pada zaman itu.

“Ya Allah, Potong Pasir itu kampung saya,” kata seorang pengguna bernama Raya Kassim.

Seorang lagi pengguna TikTok bernama Wak Cheh Pak Ude pula berkata:

“Meleleh air liur kalau nampak acara kahwin macam ni lagi, hanya tinggal kenangan sahaja lah.”

Selain gambar tersebut juga terdapat gambar yang menunjukkan pembangunan Singapura.

Antara lain pemandangan kawasan Bedok yang masih lapang dan luas, dengan hanya beberapa blok perumahan sahaja kelihatan baru siap.







Terdapat juga gambar daerah Woodlands yang masih sedang membangun, dengan pemandangan bukit bukau di latarnya.







Selain hidup di pulau Singapura, Encik Osman juga memuat naik gambar yang menunjukkan kehidupan di pulau-pulau sekitar Singapura.

Apabila dihubungi Berita Harian, pesara itu yang berasal dari Geylang Serai dan dahulu bekerja sebagai pengendali bot berkata, gambar-gambar yang dikongsi itu adalah miliknya sendiri yang dipetik daripada album keluarga, serta sumbangan daripada pengguna lain.


Beliau juga mengongsi beberapa gambar yang diambil daripada laman Arkib Negara.

“Tujuan saya mengongsi gambar-gambar ni cuma suka-suka sahaja nak isi masa lapang,” kata pesara itu yang menurutnya ‘hanya duduk rumah sahaja’ kini.

Beliau juga sering menerima kiriman daripada WhatsApp oleh pengguna lain yang ingin berkongsi gambar-gambar serupa, katanya.

Terdapat sekitar tiga hingga empat pengguna lain yang kerap berkongsi gambar kepadanya, tulis beliau kepada wartawan.

“Saya selalu tanya orang-orang dekat dalam TikTok kalau ada gambar kampung DM (kiriman mesej secara langsung) kepada saya.

“Tidak sangka sambutan meriah padahal suka-suka sahaja,” katanya.

Beliau berkata, bagi menjamin kesahihan sumber dan menetapkan maklumat sejarah gambar-gambar itu, pengguna lain yang menghantar gambar kepadanya perlu menulis nama lokasi, atau kampung serta tahun gambar itu diambil.

Apabila ditanya apa perasaannya mengimbas kembali zaman dahulu Singapura ketika memuat naik gambar tersebut di TikTok, Encik Osman berkata:

“Sikit kecewa sebab kampung dah hilang. Perasaan sedih mesti ada tapi kita teruskan kehidupan.”

Pada masa yang sama, Encik Osman juga mengeluh beliau kini kehabisan gambar.

Disebabkan itu, beliau terpaksa berkongsi semula gambar yang pernah dimuat naik dahulu.

Beliau menambah sekiranya ada sesiapa yang ingin berkongsi gambar kepadanya, harap menghubunginya menerusi TikTok.

Dalam pada itu, ayuh nikmati gambaran penuh nostalgia zaman dulu-dulu pulau Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >