SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Pesawat AirAsia dari Surabaya ke Singapura hilang daripada radar

Pesawat AirAsia dari Surabaya ke Singapura hilang daripada radar

Dec 28, 2014 | 4:46 PM

Pesawat AirAsia dari Surabaya ke Singapura hilang daripada radar

Gambar yang dirakam pada 16 Ogo 2011 ini menunjukkan pesawat Airbus AirAsia dalam proses mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hongkong. Menurut AirAsia, usaha mencari pesawat QZ8501, sebuah Airbus A320-200, yang hilang dalam perjalanan ke Singapura dari Indonesia sedang dijalankan.
Gambar yang dirakam pada 16 Ogo 2011 ini menunjukkan pesawat Airbus AirAsia dalam proses mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hongkong. Menurut AirAsia, usaha mencari pesawat QZ8501, sebuah Airbus A320-200, yang hilang dalam perjalanan ke Singapura dari Indonesia sedang dijalankan. -

Sebuah pesawat penerbangan AirAsia dari Surabaya ke Singapura yang membawa 155 penumpang hilang komunikasi dengan menara kawalan pagi ini,

Pesawat QZ8501 itu terputus hubungan dengan menara kawalan Jakarta pada 6.17 pagi waktu Indonesia itu hilang daripada pantauan radar.

Pesawat Airbus A320-200 itu membawa 155 penumpang dewasa termasuk tujuh orang anak kapal, 16 kanak-kanak dan seorang bayi.

Adalah difahamkan, seorang penumpang adalah warga Singapura.

Kebanyakan penumpang adalah warga Indonesia, selain warga Korea Selatan, Malaysia dan United Kingdom.

Pengarah Pengangkutan Udara Kementerian Perhubungan Indonesia, Encik Djoko Murjatmojo mengesahkan pesawat tersebut hilang dalam pemantauan radar.

AirAsia Indonesia juga mengesahkan bahawa penerbangan QZ8501 yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura gagal dihubungi oleh pusat kawalan trafik Udara pada 7.24 pagi Ahad.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, syarikat penerbangan tambang murah itu juga mengakui tiada perkembangan terbaharu diperolehi setakat ini.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg