Topik diikuti
Pergi ke BHkuPesawat AirAsia dari Surabaya tidak sampai
Premium
Pesawat AirAsia dari Surabaya tidak sampai
Penerbangan QZ8501 dengan 162 penumpang dan kru dalam perjalanan ke Singapura terputus hubungan
Pesawat AirAsia dari Surabaya tidak sampai
Dec 29, 2014 | 5:30 AM
SEBUAH pesawat AirAsia yang membawa 155 penumpang dan tujuh kru terputus hubungan dengan menara kawalan di kawasan antara Pulau Belitung, Sumatera, dengan Kalimantan, selepas 42 minit berlepas daripada Lapangan Terbang Juanda, Surabaya, menunju ke Singapura pagi semalam.
Sehingga akhbar ini dicetak pada 9.30 malam tadi, belum terdapat sebarang pengesahan rasmi daripada pihak Indonesia mengenai lokasi pesawat jenis Airbus A320-200 itu.
