SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Pesawat SAF kembali ke S’pura selepas misi kemanusiaan di Gaza

Pesawat SAF kembali ke S’pura selepas misi kemanusiaan di Gaza

Apr 2, 2024 | 9:24 PM

Pesawat SAF kembali ke S’pura selepas misi kemanusiaan di Gaza

Pesawat pengangkutan C-130 Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) telah kembali daripada kerahan dua minggunya di Jordan, selepas selesai penghantaran kemanusiaan ketiga Singapura serta menjalankan operasi menggugurkan bantuan kemanusiaan dari udara di Gaza.
Pesawat pengangkutan C-130 Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) telah kembali daripada kerahan dua minggunya di Jordan, selepas selesai penghantaran kemanusiaan ketiga Singapura serta menjalankan operasi menggugurkan bantuan kemanusiaan dari udara di Gaza. - Foto FACEBOOK NG ENG HEN

Pesawat pengangkutan C-130 Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) telah kembali daripada kerahan dua minggunya di Jordan, selepas selesai penghantaran kemanusiaan ketiga Singapura serta menjalankan operasi menggugurkan bantuan kemanusiaan dari udara di Gaza.

Kru misi SAF itu telah disambut Panglima Tentera Udara Brigedier Jeneral (BG) Kelvin Fan, bersama keluarga kru dan pegawai kanan SAF, dalam satu majlis yang berlangsung di Pangkalan Udara Paya Lebar pada 2 April.

Pesawat C-130 dan kru misi daripada Tentera Udara Republik Singapura (RSAF)  dan Tentera Singapura menjalankan operasi menggugurkan bantuan kemanusiaan dari udara, yang dimulakan di Amman, Jordan, dengan kerjasama Angkatan Udara Diraja Jordan.

Semasa kerahan itu, lebih 20 tan bekalan makanan yang sejajar dengan lebih 59,000 sajian, telah digugurkan menerusi operasi menggugurkan dari udara di Gaza.

Makanan-makanan yang digugurkan itu disumbang SAF serta pertubuhan bukan pemerintah seperti Relief Singapore dan Caritas Humanitarian Aid & Relief Initiative Singapore, dan turut merangkumi sedikit bekalan daripada pihak Jordan.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg